Wednesday, April 3, 2013

Sukan Asia Tenggara (SEA)


PENGENALAN SUKAN SEA
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
Sejarah
Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.
Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan SEAP mula dibentuk selepas itu.
Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.
Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.
Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.

Sukan Asia Tenggara
Tahun
Sukan
Bandar raya tuan rumah
1977
1979
X
1981
1983
1985
1987
1989
1991
1993
1995
1997
1999
2001
2003
2005
2007
2009
2011
Indonesia Jakarta dan Palembang6
2013
2015
2017
2019

ACARA SUKAN SEA ASIA TENGGARA


Terdapat lebih 400 acara daripada 43 jenis sukan dipertandingkan di Sukan Asia Tenggara 2007 termasuk 2 sukan pertunjukan (iaitu; Go dan Kempo). Edisi ke-24 ini akan mempertandingkan jumlah acara tertinggi dalam sejarah Sukan Asia Tenggara. Jumlah acara yang dipertandingkan juga telah melebihi jumlah acara yang dipertandingkan di Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Besbol
Akuatik

Angkat berat

Badminton

Bola baling

Boling

 Bola keranjang
Petanque
Boling padang

Ekuestrian
  
 Gimnastik

Golf





Gusti

Judo
Bola tampa
 Hoki

 Kapal layar

 Karate-do 
Lawan pedang

 Lumba basikal

Memanah 
Bina badan
Billiard dan Snooker

Kayak

 Mendayung

 Menembak

  Ragbi
Olahraga
Lumba bot tradisional
Muay Thai

 Ping Pong

  Polo

Tenis

 Tinju

Bola sepak
Silat
Sepak takraw
 Skuasy¹
 Sofbol
Sukan tari 
Wushu
Triatlon

 Catatan:
¹ - bukan jenis sukan rasmi Sukan Olimpik
² - sukan ini hanya dipertandingkan di Sukan SEA sahaja
³ - bukan sukan tradisi Sukan Olimpik mahupun Sukan SEA tetapi sukan ini hanya dipertandingkan oleh negara tuan rumah sahaja.
° - merupakan sukan rasmi Sukan Olimpik, tetapi tidak pernah dipertandingkan di mana-mana edisi sebelumnya dan dipertandingkan oleh negara tuan rumah.
? - tidak dipertandingkan di edisi sebelumnya tetapi dipertandingkan semula oleh negara tuan rumah.


No comments:

Post a Comment