Wednesday, April 3, 2013

Permainan Tradisional Kaum Cina




MAHJONG


Mahjong atau mahjung (Cina Tradisional: 麻將, Cina Ringkas: 麻将, pinyin: Májiàng; Kantonis: Màhjeung; merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Juga dikenali sebagai bahasa Cina: 麻雀; pinyin: Máquè; Kantonis: Màhjeuk; Jepun: Mājan.Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer.Objek permainan adalah membina set lengkap - atau gabungan - biasanya bertiga, dari samaada 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira pemenang. Kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Salah satu mitos asal-usul mahjong menyatakan bahawa Confucius, ahli falsafah China teragung telah membangunkan permainan ini pada 500SM. Dakwaan ini mungkin adalah cerita yang diragui kebenarannya. Menurut mitos ini, kemunculan permainan tersebut dalam pelbagai negeri Cina berseseuaian dengan pengembaraan Confucius pada saat beliau sedang mengajar doktrin-doktrin baru beliau. Tiga biji buah naga (Cardinal) juga menyamai dengan tiga nilai Cardinal yang diturunkan oleh Confucius. Zhōng (中 , harfiah tengah) Merah, Fā (發 , harfiah kemakmuran) Hijau, Bái (白 , harfiah putih) Putih masing-masing mewakili Kemurahan hati, Kejujuran, dan Ketaatan terhadap ibubapa, sekali lagi berdasarkan mitos ini. Hakikatnya, "tengah" mungkin adalah rujukan kepada 中国 (zhōngguó) — nama negara China bahasa Cina.mitos ini juga mendakwa bahawa Confucius menggemari burung yang mungkin menjelaskan nama "Mahjong" (麻雀, yang bermaksud burung pipit). Bagaimana pun, tiada bukti kewujudan mahjong sebelum era Taiping pada kurun ke-19 yang mengenepikan Confucius sebagai pencipta yang mungkin.Teori lain membayangkan bahawa permainan tersebut dimajukan dari kad dan permainan domino Cina sekitar tahun 1850. Ramai sejarawan percaya bahawa ia berasaskan satu permainan kad Cina yang disebut sebagai Mádiào (馬吊) (juga dikenali sebagai Ma Tiae, secara harfiah bererti Kuda Tergantung; atau Yèzí (葉子), secara harfiah bererti Daun) di zaman awal Dinasti Ming. Permainan ini dimainkan dengan 40 keping kad yang penampilannya serupa dengan kad-kad yang digunakan dalam permainan Ya Pei. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan, adalah benar-benar serupa dengan penomboran buah-buah mahjong masa kini. Masih wujud lagi perdebatan sihat mengenai siapa yang mencipta permainan tersebut. Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan tersebut untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Níngpō, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Mádiào.Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru Komunis melarang sebarang aktiviti perjudian, yang dianggap sebagai simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan tersebut dihidupkan kembali, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.


Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.

Go



Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.



Xiang Qi

 
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

 
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.


No comments:

Post a Comment