Wednesday, April 3, 2013

Malaysia dalam Olimpik


Sejarah Malaysia dalam Sukan Olimpik

Kontinjen negara menyertai Sukan Olimpik sejak penyertaan pertama temasya Melbourne 1956. Malaysia bagaimanapun tidak menghantar wakil pada tahun 1980 kerana menyertai gagasan negara-negara barat untuk memulaukan Sukan Olimpik Moscow 1980.

Antara kontingen sukan yang kerap ke Olimpik
Akuatik dan olahraga antara kontigen yang kerap dihantar menyertai Sukan Olimpik sejak penglibatan Malaysia dalam Olimpik. Selainitu, pasukan hoki antara wakil Malaysia yang konsisten bertanding di Sukan Olimpik kecuali di Rom 1960, Seoul 1988, Athens 2004 dan Beijing 2007.

Bola Sepak
Pasukan bola sepak Malaysia pernah melayakkan diri dalam temasya Sukan Olimpik apabila dua kali layak ke temasya berprestij itu iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow. Malangnya, kita tidak mengambil bahagian pada tahun 1998  gara-gara pendirian politik negara pada ketika itu.

Badminton
Badminton adalah acara yang paling banyak menyumbang pihak dalam Olimpik kepada Malaysia. Mula diperkenalkan dalam Olimpik pada tahun 1992 di Barcelona,  sukan itu telah menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa dalam sejarah Olimpik Malaysia.

Perak diperoleh menerusi gandingan beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada temasya Atlanta 1996 manakala gangsa daripada pasangan adik-beradik Razif dan Jalani Sidek di Barcelona 1992 serta Rashid Sidek dalam acara perseorangan di Olimpik Atlanta 1996. Selain itu, Malaysia mendapat satu perak pada Olimpik 2008, sumbangan daripada Datuk Lee Chong Wei.

Sejarah pencapaian terawal Olimpik Malaysia
Selain badminton, beberapa sukan lain juga mencatat pencapaian terbaik seperti menerusi bekas jaguh pecut negara, Datuk Dr. M. Jegathesan dalam acara 200 meter di Tokyo 1964 dan Mexico 1972, Ishtiaq Mubarak dalam 110m lari berpagar (Mexico 1972).

Malaysia juga hampir memecah kebuntuan mencari pingat menerusi Alex Lim yang berjaya mara ke saingan separuh akhir 100m kuak lentang dan Josiah Ng dalam acara berbasikal melangkah ke peringkat akhir keirin.

No comments:

Post a Comment