Wednesday, April 24, 2013

Pameran Seni Pertahanan Diri: SILAT


SILAT
Pengenalan
Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Kini, pegajar atau guru silat digelar sebagai jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar guru utama aliran tersebut.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.







Sejarah
Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit, ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya telah sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa, Majapahit.


Beladiri & Falsafah
Silat menjadi sebutan rasmi kepada beladiri Melayu. Sebelum itu di kepulauan Jawa, ia lebih dikenali dengan “Pencak”. Ada juga orang Melayu Bugis, Acheh dan Fatani menyebut Gayung. Umumnya, silat sebagai sejenis seni mempertahankan diri.
Falsafah silat tersembunyi dalam sebutan “silat” iaitu elak dan elat (ilat) atau dalam mengelak–mengilat. Dalam latihan, silat dilihat seperti beladiri lain yang menggunakan mental dan fizikal tetapi pada hakikatnya ia tetap berbeza dalam penyampaian dan pengisian mengikut budaya adab.
Silat atau perguruan juga dicerita dalam lisan dengan pelbagai hasil:
1.    Silat sendiri diceritakan secara lisan dari orang yang pandai mengilat ketika diserang.
2.    Hasil pergerakan tangan seorang imam mengambil air sembahyang (wuduk) di telaga.
3.    Seorang wanita melihat dua binatang (monyet melawan harimau).
4.    Menggayakan pergerakan binatang-binatang tertentu seperti harimau.
5.    Pergerakan-pergerakan mengepung dan membunuh harimau yang  mengganas di kampung.
6.    Hasil dari persembahan atau teater.
7.    Menggabungkan menjadi satu perguruan yang telah dituntut.

Istilah Dalam Seni Silat
i) Sikap dan Gerak
Seni silat ialah sistem yang terdiri atas sikap (posisi) dan gerak-gerik (pergerakan). Ketika seorang pesilat bergerak ketika bertarung, sikap dan gerakannya berubah mengikuti perubahan posisi lawan secara berkelanjutan. Setelah menemukan kelemahan pertahanan lawan, pesilat akan cuba mengalahkan lawannya dengan suatu serangan yang segera.
ii) Langkah
Ciri khas dari silat adalah penggunaan langkah. Langkah ini penting di dalam permainan silat yang baik dan benar. Ada beberapa pola langkah yang dikenali, Contohnya langkah tiga dan langkah empat.
iii) Teknik atau Buah
Silat memiliki banyak teknik bertahan dan menyerang. Pesilat biasanya menggunakan tangan, siku, lengan, kaki, lutut dan tepak kaki dalam serangan. Teknik umum termasuk tendangan, pukulan, sandungan, sapuan, mengunci, melempar, menahan, mematahkan tulang sendi, dan lain-lain.
iv) Jurus
Jurus ialah rangkaian gerakan dasar untuk tubuh bahagian atas dan bawah, yang digunakan sebagai panduan untuk menguasai penggunaan teknik-teknik lanjutan pencak silat (buah), saat dilakukan untuk berlatih secara tunggal atau berpasangan. Penggunaan langkah, atau gerakan kecil tubuh, mengajarkan penggunaan pengaturan kaki. Saat digabungkan, itulah Dasar Pasan, atau aliran seluruh tubuh.
 

Aspek
1. Aspek Rohani: Para pendekar dan mahaguru seni silat pada zaman dahulu seringkali melewati tahapan semadi, tapa, atau aspek kebatinan lain untuk mencapai tingkat tertinggi keilmuannya.
2. Aspek Seni Budaya: Istilah Pencak pada umumnya menggambarkan bentuk seni tarian pencak silat, dengan musik dan busana tradisional.
3. Aspek Bela Diri: Istilah silat menekankan pada aspek kemampuan teknik bela diri silat.
4. Aspek Olahraga: Pesilat cuba menyesuaikan fikiran dengan tubuh. Aspek olahraga meliputi pertandingan dan demonstrasi bentuk-bentuk jurus, baik untuk tunggal, ganda atau regu.




Tahap Kemahiran
1. Pemula
Diajari semua tahap dasar seperti kuda-kuda, teknik tendangan, pukulan, tangkisan, elakan, tangkapan, bantingan, tubuh, mahupun rangkaian jurus dasar perguruan dan jurus standard IPSI.
2. Menengah
Di tahap ini, pesilat lebih fokus pada aplikasi semua pergerakan dasar, pemahaman, variasi, dan di sini akan mulai terlihat minat dan bakat pesilat, dan akan disalurkan kepada cabang masing-masing, misalnya Olahraga dan Seni Budaya.
3. Pelatih
Hasil dari kemampuan yang matang berdasarkan pengalaman di tahap pemula dan menengah akan membuat pesilat melangkah ke tahap selanjutnya, di mana mereka akan diberikan teknik-teknik beladiri perguruan. Teknik ini hanya diberikan kepada orang yang memang dipercayai dan mampu menjalankan teknik mahupun moral, kerana biasanya teknik beladiri merupakan teknik tempur yang sangat efektif dalam melumpuhkan lawan.
4. Pendekar
Tahap ini merupakan pesilat yang telah diakui oleh para perguruan, mereka akan mewarisi ilmu-ilmu rahasia yang bertingkat tinggi.








Pakaian
 Pakaian Silat adalah longgar untuk mudah bergerak. Dalam sejarah peperangan, orang-orang istana memakai sebegitu dan ada juga baju rantai untuk mengelakkan panahan, memakai sangga rotan di pergelanggan tangan dan bengkung di perut untuk tegap badan dan juga untuk menahan dan mengalih tikaman senjata tajam. Kesimpulannya, pakaian perlu sesuai dengan tujuan dan matlamat.
Dalam latihan, pakaian perlu lengkap menutup badan atau aurat jika lelaki bercampur dengan wanita. Pakaian juga perlu sesuai dengan ‘kehadiran’ senjata-senjata berkenaan supaya ia boleh diselit di bahagian-bahagian tertentu badan serta tidak menghalang pergerakan bila bersenjata.
Pakaian dalam persembahan adalah mengikut perguruan dan kesesuaian majlis. Penampilan ‘pertarungan’ hulubalang yang hendak dipersembahkan, pakaian yang menampakkan ciri-ciri orang istana dizahirkan seperti bersetanjak, baju layang, bersamping dan keris.
Manakala penampilan pakaian guru atau orang silat yang dijemput hadir dalam majlis tertentu, bentuk rupa (fesyen) atau potongannya berbaju Cekak Musang dan Teluk Belanga serta berwarna hitam. Potongan dan warna ini sebagai pemakaian rasmi silat kerana dipakai oleh majoriti perguruan.

Senjata
Dalam sejarah lisan dan bertulis, orang-orang istana dalam bertempur menggunakan senjata-senjata tertentu seperti antaranya keris, sundang, lembing, badik dan tumbuk lada. Keris dijadikan senjata utama dalam seni silat. Terdapat juga yang menggunakan senjata-senjata rahsia seperti lawi ayam, kerambit dan anak badik yang disembunyikan dalam ikatan pakaian. Kini, parang, kapak, buluh dan pelbagai peralatan tertentu lagi telah dijadikan senjata dalam seni silat.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong. Secara umum, sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata.


Badan Induk Silat di Malaysia
Persekutuan Silat Kebangsaan atau PESAKA merupakan satu badan yang ditubuhkan sebagai badan induk untuk kegiatan silat yang sudah berdaftar secara rasmi sebagai pertubuhan ataupun yang masih bergerak secara tradisional melalui perguruan.
Badan-badan silat peringkat Negeri dan Kebangsaan yang berkenaan:
Peringkat Negeri:
Perlis                                                               Pulau Pinang
Perak                                                              Pahang
Wilayah Persekutuan                                      Kedah
Johor                                                               Melaka
Kelantan                                                          Sarawak

Peringkat Kebangsaan (Badan Pendiri):
Silat Cekak Malaysia
Silat Gayong Fatani
Silat Lincah Malaysia
Silat Gayong Malaysia













Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)

ARAH TUJU: 
Aktiviti Silat telah dibahagikan kepada 3 bidang yang masing-masing: 
1.            Silat Berunsurkan Budaya. 
Memperkenalkan budaya silat di Malaysia kepada antarabangsa.

2.            Silat Berunsurkan Rekreasi. 
Merupakan satu aktiviti riadah dan juga kecergasan sesuai dengan falsafah Malaysia cergas.

3.            Silat Berunsurkan Pertandingan. 
Menjadikan aktiviti seni silat dalam bentuk pertandingan seperti Silat Olahraga dan Silat Seni di peringkat Negara serta Antarabangsa. Sebagai contoh, pertandingan sukan di peringkat Antarabangsa ialah Sukan SEA.

No comments:

Post a Comment