Wednesday, April 3, 2013

3 Atlet Terkaya Malaysia



 1. Datuk Lee Chong Wei


Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta. Chong Wei mengumpul  pendapatan itu berdasarkan memenangi sembilan kejohanan antarabangsa, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000. Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

2. Safee Sali 


Safee Sali digelar sebagai jutawan bolasepak pertama negara Malaysia apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

3. Datuk Nicol David


Pendapatan Nicol David pula dalam lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.

Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

No comments:

Post a Comment