Sunday, April 28, 2013

TAHAP 1 SENI SILAT GAYONG


Silat Seni Gayong


Sejarah dan Perkembangan

Silat Seni Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau Sudong, Singapura. Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. Kemuncaknya dalam tahun 1956, Dato’ Onn b. Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong.
Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih Semenanjung yang terkenal.

 


Falsafah Silat Gayong


Seni dalam kontek Silat Seni Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Ia mendidik dan membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji. Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi - sifat yang membina unsur silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang murid Gayong.

Gayong:
Dalam suatu pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan dan kepintaran untuk mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa menggunakan senjata.




Pelajaran Silat Seni Gayong

1.    Seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat.
2.   Peringkat kedua ialah bahagian seni. (Peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan).
3.    Latihan dijalankan di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang.
4.  Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih.
5.  Dimulakan dengan upacara Membuka Gelanggang (membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan).
6.   Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas, pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif (asas elakan/elak pukul).
7.  Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari. 
8.   Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon.Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis.
9.    Pergerakan menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau. Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.
10.  Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah: 
-                    Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan
-                    Gerakan serang balas jenis tangkapan: buah tapak kunci mati
-                    Gerakan serang balas ke atas kuncian: buah tapak kunci hidup
-                    Gerakan serang balas jenis pukulan: serangan harimau
-                    Gerakan jatuh pulih: senaman anak harimau
-                    Gerakan serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata. 
11. Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara membuka gelanggang.




Lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan.Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.




Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
LOGO Seni Silat Gayong M’sia:
·         Diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd

·         Dua organisasi dalaman:
-       Lembaga Adat Istiadat
Menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan.
-       Majlis Gurulatih
Merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi.