Wednesday, April 3, 2013

3 Atlet Terkaya Malaysia



 1. Datuk Lee Chong Wei


Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta. Chong Wei mengumpul  pendapatan itu berdasarkan memenangi sembilan kejohanan antarabangsa, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000. Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

2. Safee Sali 


Safee Sali digelar sebagai jutawan bolasepak pertama negara Malaysia apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

3. Datuk Nicol David


Pendapatan Nicol David pula dalam lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.

Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

Gaji Atlet yang Termahal


Safee Sali (Pelita Jaya) : Gaji Paling Mahal (RM118,000 Sebulan) Untuk Kontrak 2 Tahun Bernilai RM2 Juta ++94
by STAFF BERITA SEMASA on FEBRUARY 1, 2012
Apa yang boleh kami katakan, tahniah kepada Ketua Pasukan Pelita Jaya dan penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali kerana baru sahaja menyambung kontrak yang cukup lumayan. Mungkin ramai yang tak terfikir pemain bola sepak Malaysia mampu mencapai pencapaian sebegini rupa.
Tetapi tiada yang mustahil, jika ada kalangan bola sepak Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh, ditambah mempunyai semangat dan keazaman ibarat jelmaan lagenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Dan kami fikir sememangnya Safee Sali berhak memperolehinya hasil usaha keras beliau selama ini. Sebelum ini teka-teki mula timbul apabila pemain bola sepak Malaysia yang sekarang sedang berkelana di Jakarta, Indonesia, Safee Sali  bakal disunting pasukan Johor. Tawaran?

§  gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
§  berbanding gaji bulanan Safee Sali sebelum ini juga bersama pasukan Pelita Jaya sekitar AS$1o,000 (RM30,400)
Safee Sali (Pelita Jaya) : Tawaran Kontrak Baru 2 Tahun Bersama Kelab Pelita Jaya FC
1.  bonus tetap perlawanan
2.  rumah
3.  kenderaan
4.  pemandu peribadi
5.  cukai dibayar oleh kelab 
6.  tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab 
7.  penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC
Kelebihan Lain Yang Bakal Dinikmati Safee Sali Selama Bersama Kelab Pelita Jaya FC:

§  Safee Sali akan mendapat ‘commercial endorsement’ bagi pelbagai jenama & produk di seluruh Indonesia
§  Imej Safee Sali akan digunakan untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran.
§  Safee Sali diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut. Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay
§  Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC serta Leicester City FC

Sebelum ini Safee Sali Dikatakan Berdepan Masalah Ketika Bermain di Pelita Jaya Apabila :

§  Safee Sali berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Meaning of Fatherland


What does the Fatherland mean?
The term "fatherland" refers to an anthropomorphized conception of certain countries. "Motherland" is another common term like this. "Fatherland" is a translation of Latin "patria" (from "pater" meaning "father"), which is related to words like "patriotic" (love of one's fatherland or homeland), etc.

Most typically, "fatherland" is used in a context referring to Germany. In German "Vaterland" means "fatherland"; however, since World War II this term has developed Nazi connotations, so it is now avoided in general except in ironic or humorous contexts.
Noun
1.      1. A person's native country, esp. when referred to in patriotic terms.
2.      2. Germany, esp. during the period of Hitler's control.
Synonyms
motherland - homeland - country - native land – home

Mengapa kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu?



Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. Selain itu, senaman meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jantung mengepam darah menerusi saluran darah. Orang gemuk atau berlebihan berat badan menyimpan lemak yang boleh menyekat saluran darah. Senaman membantu membuang lemak dan mengelakkan saluran darah daripada tersekat.

Faizal Saari


FAIZAL SAARI
Faizal Saari ni merupakan antara pemain hoki negara yang telah berjaya bermain di kelab luar negara. Dalam umur 20 tahun beliau telah bermain di kelab ‘ Forestville ‘ di dalam Liga Hoki Australia (AHL). Kehebatan beliau terserlah dimana kepantasan larian dan kawalan baik merupakan senjata utama beliau sebagai penyerang. Selain itu beliau mampu melakukan pukulan yang tepat dan jitu. Ditambah pula dengan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti menjadikan beliau sebagai penjaring gol yang digeruni. Dalam kejohanan hoki kebangsaan baru-baru ini beliau telah berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut.
Dalam kejohanan Cabaran di Afrika Selatan baru-baru ini beliau menunjukkan skill individu ketika membantu pasukan Malaysia membenam pasukan Jepun.



Faizal Saari, 21, berjaya mencipta rekod apabila menempatkan diri di persada antarabangsa selepas dilamar oleh kelab Mumbai Magicians untuk beraksi dalam Liga Hoki India (HIL) yang bakal berlangsung selama sebulan bermula 16 Januari depan.
Kelibat penyerang skuad hoki negara yang membantu Terengganu pada aksi final membenam Pahang untuk menggenggam Piala Tun Abdul Razak ke-50 itu, kian menyinar sehingga mampu berada di kelompok pemain berstatus bintang dari seluruh dunia yang bakal beraksi dengan lima kelab dalam HIL.
Di sebalik tanggungjawab yang cukup besar bakal dipikul dalam tempoh singkat itu nanti, Faizal dikatakan turut mendapat habuan berbaloi apabila bakal menerima gaji sebanyak AS$26,000 (RM79,560).
Selain Faizal, penjaga gawang negara, S Kumar juga terpilih untuk beraksi dengan kelab Uttar Pradesh Wizards.
Kumar pula AS$15,000 (RM45,900). Jumlah itu difahamkan lebih besar berbanding gaji diterima oleh pemain negara yang beraksi di Liga Hoki Malaysia (LHM).
Faizal yang sering menjadi tonggak utama skuad negara, sebelum ini pernah menimba pengalaman di Liga Australia bersama kelab Southern Hotshots tetapi dia tidak dapat menyertai sepanjang satu musim berikutan masalah visa.
Atlet itu kemudiannya menerima tawaran untuk beraksi bersama kelab Sepanyol, Athletic Terassa Club sekitar Julai lalu, tetapi dia terpaksa menolaknya berikutan khidmatnya lebih diperlukan skuad negara menghadapi saingan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina November lalu.
“Inilah impian yang saya nantikan sejak dulu lagi iaitu untuk beraksi di luar negara. Saya memang mahu belajar sesuatu yang baru selain daripada beraksi di LHM.
 “Sudah tentu saya gembira kerana terpilih untuk beraksi di HIL sebab bukan mudah untuk menempatkan diri di liga yang juga disertai ramai pemain hebat.
“Bagi saya wang bukan soal utama tapi seperti yang saya katakan tadi, kesempatan ini akan saya gunakan sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman baru,” katanya.
Selain itu,  Faizal dijangka berangkat ke India pada 8 Januari ini kerana jurulatih kelabnya itu mahu menemui pemain pada hari berikutnya.