Bersenam perlu diamalkan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu
sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah
lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan
berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila
organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan
tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. Selain itu,
senaman meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan risiko
penyakit jantung. Jantung mengepam darah menerusi saluran darah. Orang gemuk
atau berlebihan berat badan menyimpan lemak yang boleh menyekat saluran darah.
Senaman membantu membuang lemak dan mengelakkan saluran darah daripada
tersekat.
No comments:
Post a Comment