FAIZAL
SAARI
Faizal
Saari ni merupakan antara pemain hoki negara yang telah berjaya bermain di
kelab luar negara. Dalam umur 20 tahun beliau telah bermain di kelab ‘
Forestville ‘ di dalam Liga Hoki Australia (AHL). Kehebatan beliau terserlah
dimana kepantasan larian dan kawalan baik merupakan senjata utama beliau
sebagai penyerang. Selain itu beliau mampu melakukan pukulan yang tepat dan
jitu. Ditambah pula dengan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol melalui
pukulan sudut penalti menjadikan beliau sebagai penjaring gol yang digeruni.
Dalam kejohanan hoki kebangsaan baru-baru ini beliau telah berjaya menjadi
penjaring terbanyak kejohanan tersebut.
Dalam kejohanan Cabaran di Afrika Selatan baru-baru ini beliau menunjukkan skill individu ketika membantu pasukan Malaysia membenam pasukan Jepun.
Dalam kejohanan Cabaran di Afrika Selatan baru-baru ini beliau menunjukkan skill individu ketika membantu pasukan Malaysia membenam pasukan Jepun.
Faizal Saari, 21, berjaya
mencipta rekod apabila menempatkan diri di persada antarabangsa selepas dilamar
oleh kelab Mumbai Magicians untuk beraksi dalam Liga Hoki India (HIL) yang
bakal berlangsung selama sebulan bermula 16 Januari depan.
Kelibat penyerang skuad hoki
negara yang membantu Terengganu pada aksi final membenam Pahang untuk
menggenggam Piala Tun Abdul Razak ke-50 itu, kian menyinar sehingga mampu
berada di kelompok pemain berstatus bintang dari seluruh dunia yang bakal
beraksi dengan lima kelab dalam HIL.
Di sebalik tanggungjawab yang
cukup besar bakal dipikul dalam tempoh singkat itu nanti, Faizal dikatakan
turut mendapat habuan berbaloi apabila bakal menerima gaji sebanyak AS$26,000
(RM79,560).
Selain Faizal, penjaga gawang
negara, S Kumar juga terpilih untuk beraksi dengan kelab Uttar Pradesh Wizards.
Kumar pula AS$15,000 (RM45,900).
Jumlah itu difahamkan lebih besar berbanding gaji diterima oleh pemain negara
yang beraksi di Liga Hoki Malaysia (LHM).
Faizal yang sering menjadi
tonggak utama skuad negara, sebelum ini pernah menimba pengalaman di Liga Australia
bersama kelab Southern Hotshots tetapi dia tidak dapat menyertai sepanjang satu
musim berikutan masalah visa.
Atlet itu kemudiannya menerima
tawaran untuk beraksi bersama kelab Sepanyol, Athletic Terassa Club sekitar
Julai lalu, tetapi dia terpaksa menolaknya berikutan khidmatnya lebih
diperlukan skuad negara menghadapi saingan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes,
Argentina November lalu.
“Inilah impian yang saya nantikan
sejak dulu lagi iaitu untuk beraksi di luar negara. Saya memang mahu belajar sesuatu
yang baru selain daripada beraksi di LHM.
“Sudah tentu saya gembira kerana terpilih
untuk beraksi di HIL sebab bukan mudah untuk menempatkan diri di liga yang juga
disertai ramai pemain hebat.
“Bagi saya wang bukan soal utama
tapi seperti yang saya katakan tadi, kesempatan ini akan saya gunakan
sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman baru,” katanya.
Selain itu, Faizal dijangka berangkat ke India pada 8
Januari ini kerana jurulatih kelabnya itu mahu menemui pemain pada hari
berikutnya.
No comments:
Post a Comment