Sukan Asia Tenggara 2011
Sukan Asia Tenggara ke-26 diadakan di Palembang dan Jakarta, Indonesia
pada November 2011. Ini kali keempat Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA, ia
kali terakhir menganjurkan Temasya ini pada 1997. Seiring dengan Sukan SEA,
SukanPara ASEAN ke-6 untuk atlit kurang upaya, bermula 2 minggu selepas Sukan
SEA tamat, dengan pertandingan diadakan di Surakarta (Solo), Jawa Tengah,
Indonesia.
Ibu negara Jakarta pernah menjadi tuah rumah Sukan Asia Tenggara
sebanyak tiga kali, iaitu di 1979, 1987, dan 1997. Palembang menjadi tuan rumah
Sukan SEA yang ketiga luar daripada ibu negara, selepas Chiang Mai dan Nakhon
Ratchasima, Thailand.
Tuan rumah Indonesia mendapat pungutan pingat emas dan jumlah pingat
terbanyak, kali pertama ia mengetuai jadual pingat sejak 1997, di mana ia turut
menjadi tuan rumah.
Pemasaran
Maskot
Maskot rasmi untuk
Sukan SEA 2011 di Indonesia dikenali sebagai Modo dan Modi, sepasang biawak
komodo . Modo adalah biawak komodo jantan memakai pakaian tradisional biru
Indonesia dan batik sarong, manakala Modi ialah biawak komodo betina yang
memakai kebaya merah dengan batik sash dan seluar. maskot ini telah dipilih
kerana biawak komodo, merupakan haiwan eksotik dan endemik di Indonesia, selain
merupakan fauna asal yang mendiami Komodo, Rinca, Kepulauan Padar islands di
Nusa Tenggara Timur. Maskot ini telah diperkenalkan dan dipersembahkan 200 hari
sebelum Sukan SEA 2011 berlangsung pada, Isnin 25 April 2011 di tiga tempat
iaitu: Jakarta, Teater Tanah Airku di Taman Mini Indonesia Indah dan Monumen
Selamat Datang di Jakarta Tengah. "Modo" adalah perkataaan kependekan
dari perkataan Komodo, manakala "Modo-Modi" ejaan yang ditukarkan
dari gabungan perkataan Muda-Mudi yang bermaksud "belia" dalam bahasa
Indonesia, yang berasal dari perkataan pemuda (belia lelaki) dan pemudi (belia
wanita).
Temasya
Upacara pembukaan
Upacara pembukaan
bermula pada jam 7:00 pm 11 November 2011 di Stadium Gelora Sriwijaya, Kompleks
Sukan Jakabaring, Palembang, Sumatera Selatan. Tarikh ini dipilih kerana ia
jatuh pada tarikh unik 11-11-11. Dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo
Bambang Yudhoyono, acara gilang-gemilang yang bertemakan Harmony in Victory itu
berlangsung selama tiga jam melibatkan lebih 3,000 orang.
Upacara ini dibuka
dengan persembahan muzik dan tarian, yang menceritakan sejarah Kerajaan
Srivijaya. Ini diikuti dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding,
dengan Indonesia selaku tuan rumah akhir sekali. Bendera Sukan SEA kemudian
dinaikkan selepas Presiden Susilo secara rasmi mengisytiharkan pembukaan
temasya kali ke-26 ini. Kemuncak upacara pembukaan ialah larian membawa masuk
obor untuk diserahkan kepada Susi Susanti, yang menyalakan obor temasya. Acara
ini diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising yang liriknya ditulis
sendiri Presiden Susilo sambil diiringi pertunjukan bunga api.
Acara sukan
Temasya Sukan SEA 2011 akan
mempertandingkan pelbagai acara dalam 44 jenis sukan.
|
|
Acara sukan demonstrasi:
- Kriket
- Tarung Derajat - seni pertahan diri tradisional Sunda
Sukan Asia Tenggara 2013
Sukan Asia Tenggara 2013 atau Sukan Asia Tenggara
ke-27 dijadualkan akan diadakan di Singapura pada tahun 2013. Temasya ini bakal
berlangsung di Hub Sukan Singapura di Kallang.
No comments:
Post a Comment