Penyertaan Malaysia Dalam Sukan Olimpik sejak 1956.
Sebelum tertubuhnya Majlis Olimpik
Persekutuan Tanah Melayu (OCM) pada tahun 1953 dan pengiktirafannya oleh Majlis
Olimpik Antarabangsa IOC pada tahun 1954, beberapa peserta dari Malaya mungkin
pernah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, mewakili negara asal mereka,
seperti China dan India. Selepas diiktiraf IOC pada tahun 1954 OCM pada masa
itu buat julung kali menghantar satu kontijen seramai 33 peserta dari 6 jenis
sukan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1956 di Melbourne. Sejak itu
Majlis Olimpik Malaysia OCM yang dikenali sejak 1964, telah mengambil bahagian
dalam semua Sukan Olimpik, kecuali Moscow tahun 1980.
Melbourne
1956:
Kontijen
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ke Sukan Olimpik Melbourne tahun 1956 terdiri
dari 6 Olahraga, 2 perenang, 18 pemain Hoki, 3 ahli Angkat Berat dan 4
penembak. Hanya seorang sahaja peserta wanita dalam kontijen ini Ms Annie
Choong, ahli olahraga. Antara peserta ialah Koh Eng Tong pemenang Pingat Emas Sukan
British Empire 1950 dalam bahagian Featherweight dan Tan Kim Bee Pingat Perak
Light Heavyweight. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de
Mission ialah Herman Marie de Souza (Hoki) dan Pembawa Bendera ialah Tan Kim
Bee (Angkat Berat)
Olahraga: M. Harichandra, S. Karuppiah
Pereira, Rahim Ahmad, Raja Azlan, Lee Kah Fook, Annie Choong (W)
Angkat Berat: Chan Pak Lum, Koh Eng
Tong, Tan Kim Bee.
Renang: Fong Seow Hor, Lim Heng Chek.
Menembak: Liew Foh Shin, Moe Fu Kiat, Ng
Tow Foo, Joseph Chong.
Hoki:
S. Selvanayagam, Wilfred Vias, Peter Van Huizen, T. Nadarajah, N.
Shanmuganathan, P.Alagendra, Chuah Eng Cheng, Gian Singh, P. Sankey, G.D. Toft,
M.F. Shepherdson, Hamzah Shamsuddin, S. Devendran, Sheik Ali, T. Lawrence, A.
Karim, N. Arul, Chuah Eng Kim.
[Nota: Gabuh Piging dan Sium bin Diau
menyertai acara Olahraga Lompat Kijang mewakili North Borneo]
1960
- Rome:
Terdiri
dari 9 peserta dari 4 jenis sukan, ini adalah kontijen Malaysia paling kecil
dalam sebarang Olimpik. Ianya mengandungi 3 olahraga, 2 perenang, 2 penembak
dan 2 angkat-berat. Chef de Mission ialah Lim Kee Seong (Bolasepak) dan Pembawa
Bendera ialah Shaharudin Mohd. Ali (Olahraga).
Olahraga: Kamaruddin Maidin, M. Jegathesan, Shahrudin
Mohd. Ali
Angkat Berat: Kuan King Lam, Chung Kam
Weng.
Renang:
Fong Seow, Hor Fong Seow Jit.
Menermbak: Ong Hock Eng, Chan Kooi Chye
1964
– Tokyo
Malaysia telah ditubuhkan pada September
1963, apabila bersekutunya Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan
Tanah Melayu (Malaya). Kontijen Malaysia ke Tokyo 1964 termasuk ahli sukan dari
Sabah, Sarawak dan Singapura. Kontijen
seramai 66 ahli sukan itu masih lagi yang paling ramai menyertai Sukan
Olimpik hingga kini. Ianya terdiri dari 12 olahraga termasuk seorang wanita, 7
perenang 3 darinya wanita, 18 pemain hoki, 2 peninju, 6 angkat berat, 7 penembak, 9 pelumba basikal, seorang
pelawan pedang dan 2 orang mewakili tiap satu acara Judo dan Gusti. Pasukan
Hoki sekali lagi menduduki tempat ke 9.
M.Jegathesan ialah ahli olahraga
Malaysia yang pertama layak ke Separuh-Akhir dalam acara 200 meter. Dalam
saringan 5 Pusingan Pertama dia mencatat 20.9 saat, yang masih lagi rekod
Malaysia hingga sekarang. Dalam saringan masa 21.2 saat melayakkannya ke
Separuh Akhir.Dia mencatat 21.4 dalam separuh-Akhir tetapi tersingkir. Chef de
Mission ialah Dato’ Donald Stephen. Pembawa Bendera ialah Kuda Ditta
(Olahraga).
Olahraga: A. Victor,
C. Kunalan, Dilbagh Singh Kler,
John Dukom, M. Jegathesan, K.Selvaratnam, Kuda Ditta,
M. Rajamani (W), Mazlan Hamzah, Mohd. Abdul Rahman, Nashatar Singh
Sidhu, R. Subramaniam.
Angkat Berat: Boo Kim Siang, Chua Phung Kim, Chung Kum Eng, Leong Chin Seong, Lim Hiang Kok, Tan Howe Liang.
Menembak: Dennis Filmer, Goh Tai Yong, Kok Kum Woh,
Loh Ah Chee, Tang Peng Choy, Weng Foo Wah,
Yap Pow Thong.
Renang:
Bernand Chan Cheng Wah, Cheah
Tong Kim, Michael Eu Seong Chin, Tan Thuan Heng, Jovina Tseng (W), Molly Tay Chin Say (W), Mriana Jolly (W ).
Tin ju:
G.Ramkrishnan, Jumaat Ibrahim.
Basikal:
Andrew Michael, Choy Mow
Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong , N.A. Rosli, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San, Tuow Choon Boon.
Lawan Pedang: Ronnie Ignatius Theseira.
Hoki:
Arumugam Sabapathy, Kartar Singh
s/o Chandra Singh, Chelliah Paramalingam, Ranjit Singh s/o Gurdit Singh, Ho Kok Chye,
Kandiah Anandarajah, Koh Hock
Seng, Kumaratnam Alagaratnam, Lim Fung Chong, Manikam Shanmuganathan , Manir Uddin Anwarul Haq,
Michael Arulraj, Munusamy Doraisamy,
Nonis Douglas Paul, Rajaratnam
Yogeswaran, Sinnathamy
Kanangalingam, Tara Singh Sidhu, Lawrence J. Van Huizen.
Judo:
Ang Teck Bee, Moorthy Kanapathy
Sathia.
Gusti:
Liang Soon Hin, Tham Kook Chin.
1968
– Mexico
Kontijen Malaysia ke
Mexico 1968 berjumlah 33 orang dari 4 jenis sukan. Tiada peserta dari Singapura
kerana ia keluar dari Malaysia pada tahun 1965 untuk menjadi negara berasingan.
Kontijen Malaysia terdiri dari 11 Olahraga, 18 pemain Hoki, 2 Basikal dan 2
Angkat Berat. Tiada penyertaan wanita. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 15 dari
16 pasukan.
M.
Jegathesan mengulangi kebolehan 4 tahun dahulu di Rome, melayakkan diri ke
Separuh-Akhir 200 meter. Masanya di Pusingan Pertama 20.9 saat, Pusingan Kedua
21.0 saat dan di Separuh Akhir juga 21.00 saat. Chef de Mission ialah Khaw Kai
Boh (Bola Keranjang). Pembawa Bendera ialah Nashatar Singh Sidhu.
Olahraga: M. Jegathesan, Rajalingam Gunaratnam, Arirvatham Victor, Ramasamy Subramaniam, Ishtiaq Mubarak, Ahmad Zambrose Abdul Rahman, Tambusamy Krishnan, Ooi Hock Lim,
Nashatar Singh Sidhu, Mohd.
Ariffin , Anthony Chong.
Angkat
Berat: Leong Chin Seong, Eun Tin Loy.
Basikal: Ng Joo Pong,
Johari Ramli,
Hoki: Ho Kok Chye,
Loong Whey Pyu, A.
Velavantheran, Sri Shanmuganathan, Ranjit Singh,
Michael Arul Raj, K.
Alagaratnam, J. Johnson, Savinder Singh, Ameenuddin Bin Md. Ibrahim, A. Sabapathy,
Kuldip Singh, Yang Siow
Meng, Koh Chong Jin, Koh Hock Seng, Harnahal Singh, R. Yogeswaran, S. Jeevajothy.
Munich
- 1972
Kontijen
Malaysia ke Munich 1972 terdiri dari 57 peserta ialah jumlah kedua terbesar
dalam penyertaan Olimpik setakat ini. Pertama kali dalam sejarah Malaysia,
pasukan Bolasepak layak ke Sukan Olimpik. Badminton diperkenal sebagai
pertunjukkan, 3 pemain mengambil bahagian. Olahraga terdiri 11 peserta dengan 2
wanita, perenang terdiri seorang lelaki dan seorang wanita, seorang penembak
dan 4 pelumba basikal. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-8 dari 12 pasukan.
Pasukan Bolasepak bermain dalam Kumpulan A bersama German Barat, Maghribi dan
USA. Setelah kalah kalah 0-3 kepada Germany, menang 3-0 keatas USA dan akhirnya
kalah kepada Maghribi 0-6, pasukan bolasepak telah tersingkir. Chef de Mission
ialah Dato’; Harun Idris (Bolasepak). Pembawa Bendera ialah Mohamad Bakar
(Bolasepak)
Olahraga: Ishtiaq Mobarak, Zainuddin Abd. Wahab, S. Sabapathy,
S. Sivaraman, Mohd. Hassan Bin
Osman, P. Peyadesa, T. Krishnan, Gladys Chai Ng Mei (W), Junaidah Aman (W).
Badminton: Ng Boon Bee,
P. Gunalan, Tan Aik Mong.
Basikal: Daud Ibrahim, A. B. Rahim, Saad Fadzin,
Omar Haji Saad.
Menembak: Wong Foo Wah.
Renang: Chiang Jin Choon, Ong Mei Lin.
Hoki: Khairuddin Zainal, Takbir Ahmad,
A. Belvantheran, N. Sri
Shanmuganathan, Brian Sta Maria, S. Balasigam,
Wong Choon Hin Phang Poh
Meng, R. Ramakrishnan, Randir Singh,
Harnabal Singh, Yang Siow
Ming, Ausop Bin Maidin, Franco De Cruz, Samat Sayed,
M. Mahendran, Mohd. Razali, Sulaiman Saibot, R. Pathmarajah.
Bolasepak: M. Chandran,
Bahwandi Hiralal, Osman
Abdullah, Salleh Ibrahim, Mohd.
Bakar, Zawawi Yusoff, Harun Jusoh,
Shaharuddin Abdullah, V.
Krishnasamy, Ali Bakar, Rahim Abdullah, Wong Kam Fook, Looi Loon Teik, Khoo Luan Khen, Lim Fung Kee,
Soh Chin Aun, Wong Choom
Wah, Namat Abdullah, Hamzah Hussein.
Montreal
1976
Kontijen
seramai 23 orang boleh dikira kecil, terdiri 3 Olahraga, seorang perenang, 2
penembak dan seorang berbasikal. Tiada wanita dalam kontijen. Pasukan Hoki
menduduki tempat ke-9. Ishtiaq Mubarak ialah ahli Olahraga Malaysia kedua yang
melayakkan diri ke Saparuh-Akhir. Dalam acara 110 meter Lompat Pagar mencatat
masa 14.27 saat dan Saringan ke-2 untuk
ke Separuh-Akhir, dimana dia mencatat masa 14.21 saat dan tersingkir. Chef de
Mission ialah DYMM Sultan Azlan Shah (Hoki). Pembawa Bendera ialah Ishtiaq
Mubarak (Olahraga)
Olahraga:
Ishtiaq Mobarak, Ramli
Ahmad, Khoo Chong Beng.
Renang:
Chiang Jin Choon .
Basikal: Yahya
Ahmad.
Menembak: Ally
Ong Tai Hong, E. J. H. Yong.
Hoki: N. Sri
Shanmuganathan, Khairuddin A. Francis,
S. Balasingam M. Mahendran , Wong
Choon Hin R. Ramakrishnan, R. Pathmarajah, N. Padanisamy
Poon Fook Loke, Ow Soon
Kooi, Lam Kok Meng, Azaari Mohd. Zain, Mohinder Singh, Anthony Leon Ignas Cruz, Avtar Singh Gill.
Moscow
1980 – Pemulauan.
Malaysia tidak mengambil bahagian dalam
Olimpik Moscow 1980 atas sebab yang tidak dapaty dielak. Bagaimanapon, perlu
dicatatkan bahawa pasukan Bolsepak dan Hoki kebangsaan telah layak untuk
menyertai Olimpik 1980 itu.
Los
Angeles 1984
Malaysia
menghantar kontijen kecil ke Los Angeles 1984, sejumlah 20 ahli sukan. Hoki
mendominasi kontijen dengan 16 pemain. Olahraga, Renang (wanita), Menembak, dan
Basikal masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Pasukan Hoki menduduki
tempat ke 11 dari 12 peserta. Chef de Mission ialah Tunku Adnan bin Tunku Besar
Burhanuddin. Pembawa Bendera ialah Sabiahmad Abdul Ahad (Menembak)
Olahraga: B. Rajakumar.
Basikal: Rosman Alwi,
Menembak: Sabiahmad Abd. Ahad.
Renang: Helen Chow (W).
Hoki: Ahmad Fadzil,
Colin Santa Maria, Foo Keat Seong, Jagjit Singh,
Kevin Nunis, Michael Chew, Ow Soon Kooi,
Poon Fook Loke, S.
Murugasen, Stephen Van Huizen, Sarjit
Singh, Sukhvinderjeet Singh, Tam Chew Seng. Soon Mustafa,
Yahya Atan, Zulkifli Abbas.
.
Seoul
1988
Buat
kali kedua dalam sejarah Olimpik Malaysia pasukan Hokinya tidak layak ke Sukan
Olimpik. Dengan itu kontijen Malaysia ialah yang paling kecil sejak 1960,
terdiri dari 2 olahraga (seorang wanita), 2 Renang ( seorang wanita), 2
Basikal, 1 Tembak dan 2 pemain Ping Pong wanita. Badminton dan Taekwando ialah
2 sukan pertunjukkan. 2 pemain Badminton dan 4 pakar Taekwando mengambil
bahagian. Chef de Mission ialah Tunku Imran (Squasy). Pembawa Bendera ialah
Nordin Jadi (Olahraga).
Olahraga: Nordin Mohd. Jadi , Josepheine Mary (W).
Basikal: Kumaresan M., Rosman Alwi.
Menembak: Jimmy Chin.
Renang: Nurul Huda Abdullah (W), Jeffrey Ong Kuan Seng.
Ping
Pong: Leong Mee Wan (W), Lau Wai Cheng (W).
Taekwando: Ong Bee Eng,
Chai Saew Yuen, Vasugi M.
(W), Yong Po Po (W).
Badminton:
Mohd Razif Hj Mohd Sidek, Mohd Jalani Hj Mohd Sidek.
Barcelona
1992
Badminton
dengan resmi menjadi acara Sukan Olimpik buat pertama kalinya di Barcelona
1992. Pemain badminton telah diduga memenangi pingat pertama Sukan Olimpik
untuk Malaysia. Menguatkan lagi harapan ini apabila Malaysia memenangi Piala
Thomas, Kejohanan Badminton Berpasukan Dunia yang ulung 4 bulan dahulu setelah
26 tahun.
Pemain
badminton tidak mengecewakan penyokong-penyokong nya dan Malaysia memenangi
pingat Olimpiknya yang pertama. Pingat Gangsa dimenangi oleh adik beradik Razif
dan Jalani Sidek dalam acara Bergu Lelaki.
Pasukan
Hoki kembali ke Sukan Olimpik. Kontijen terdiri dari 16 pemain Hoki, 1
Olahraga, 1 Renang,1 Tembak, 1 Basikal, dan 6 Badminton. Sekali lagi Taekwando
menjadi sukan demonstrasi. 2 pakar wanita mengambil bahagian di Barcelona.
Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Tan
Sri Elyas Omar (Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Razif Sidik (Badminton)
Olahraga: Nur Herman Majid.
Basikal: Kumaresan M..
Menembak: Kaw Fun Ying.
Renang: Jeffrey Ong Kuan Seng.
Taekwando: Hii King Hung, Sarah Chung Pit Jin.
Badminton: Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razif Sidek,
Jalani Sidek, Cheah Soon
Kit, Soo Beng Kiang.
Hoki: Gary Vernon Fidelis, Lim Chiow Chuan, Minarwan Nawawi, Mohamad Abdul Hadi, Nor Saiful Zaini, Paul Lopez,
Sarjit Singh, Soon Mustafa
Karim, Tai Beng Hai, Shankar Ramu,
Lailin Abu Hassan, A. Anantha
Sambu Mayavo, Ahmad Fadzil Zainal
Abidin, Dharma Raj Kanniah, S. Suria Ghandi.
Atlanta
1996:
Buat
pertama kali dalam Sukan Olimpik Malaysia mengambil bahagian dalam acara Kapal
Layar dan Salom Canoeing, masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Kontijen
teridiri dari 4 Olahraga, 5 Renang (1 wanita), 16 pemain Hoki, 1 Tinju, 1
Tembak dan 7 pemain Badminton (1 wanita) menjadikan jumlahnya 36 peserta.
Seperti dijangkan Malaysia menang Pingat Perak melalui pasangan Bergu lelaki
Cheah Soon Kit dan Yap Kin Hock, serta Pingat Gangsa di acara Persaorangan lelaki
melalui Rashid Sidek. Chef de Mission ialah Dato’ Dr. Abdullah Fadzil Che’ Wan
(Badminton) dan Pembawa Bendera ialah Nor Saiful Zaini Nasir-ud-Din, ketua
pasukan Hoki.
Olahraga: Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Loo Kum
Zee, Annastasia Karen Raj.
Badminton: Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit,
Yap Kim Hock, Soo Beng Kiang, Tan Kim Her, Chan Chia Fong.
Menembak: Kaw Fun Ying.
Renang: Anthony Ang Kang Keam, Elvin Chia Tshun
Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Tay Li Leng.
Kapal
Layar: Kevin Lim Leong Keat.
Tinju: Sapol Biki.
Canoe: Salehhuddin Ayob.
Hoki
(Lelaki): Brian Jaya Siva, Lam Mun Fatt,
Shankar Ramu, Mirnawan Nawawi, Hamdan Hamzah, Chairil Anwar Abdul Aziz, Lailin Abu Hassan, Kuhan Shanmuganathan, Calvin Ronnie Fernandez, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, Kaliswaran Muniandy, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, Lim Chiow Chuan, Charles Aitken David, Maninderjit Singh, Aphtar Singh.
Sydney
2000
Malaysia
mengambil bahagian dalam 9 jenis sukan dengan 41 peserta di Sydney 2000.
Badminton diwakili 6 peserta gagal menunjukkan kecemerlangan di Atlanta 1996,
dengan Chong Tan Fook dan Lee Wan Wah gagal di perlawanan menentukan Pingat
Gangsa. Peserta acara Sukan lain: Olahraga 2, Menembak 1, Renang 9, Kapal Layar
1, Jimnastik 1, Diving 4, Hoki 16 dan Tekwando 1. Pasukan Hoki hanya menduduki
tempat ke 11. Chef de Mission ialah Tan Sri P. Alagendra sementara Pembawa
Bendera ialah Minarwan Nawawi (Hoki)
Olahraga: Watson Nyambek, Yuen Yu Fang.
Badminton: Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock,
Wong Choong Hann, Lee Wan Wah, Choong Tan Fook.
Menembak: Irina Maharani.
Renang: Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah,
Alex Lim Keng Liat, Anthony Ang Kang Keam, Allen Ong Hou Ming, Dieung Anak
Mannang, Sia Wai Yen, Siow Yi Ting, Marilyn Chua Yu Ching.
Kapal
Layar: Kevin Lim Leong Keat.
Jimnastik: Au Li Yen.
Diving: Yeoh Ken Nee, Azreen Bahari, Leong Mun
Yee, Farah Begum Abdullah (tidak amnbil bahagian – kerana cedera).
Hoki
(Lelaki): Jiwa Mohan, K. Keevan Raj, Suhaimi Ibrahim, Mirnawan Nawawi, Chua Boon Huat, Maninderjit Singh, Kuhan Shanmuganathan, Calvin Ronnie Fernandez, Roslan Jamaluddin, Mohd. Nasihin Nubli, Chairil Anwar A. Aziz, Shaiful Azli Bin Abdul Rahman, Nor Azlan Bakar, Nor Saiful Zaini, K. Gobinathan, Mohd. Madzli Ikmar .
Taekwando: Lee Wan Yuen.
Athens
2004
Penyertaan
di Athens 2004 ialah dalam 11 jenis sukan diwakili 26 peserta. Tempat kelahiran
Sukan Olimpik ini gagal membawa sebarang kejayaan kepada kontijen Malaysia.
Perwakilan Malaysia ialah: Basikal 1, Badminton 9, Menembak 2, Renang 4, Kapal
Layar 1, Artistik Jimnastik Lelaki 1, Diving 3, Memanah 1 Taekwando 1, Angkat
Berat 1 dan Olahraga 2. Dato’ Dr. M. Jegathesan
bekas jagoh pelari pantas Malaysia di Sukan Olimpik ialah Chef de Mission
bersempena ulangtahun ke 100 Sukan Olimpik di Athens . Pembawa Bendera pula
ialah Bryan Nickson Lomas (Diving).
Basikal: Josiah Ng Oon Lam (Track).
Badminton: Lee Chong Wei, Roslin Hashim, Wong Choong
Hann, Chan Chong Ming & Chew Choon Eng,
Choong Tan Fook & Lee Wan Wah, Wong Pei Tty & Chin Eei Hui (F).
Menembak: Ricky Teh Chee Fei (Skeet), Bernard Yeoh
Cheng Han (Trap).
Renang: Lim Keng Liat, Saw Yi Khy, Allen Ong Hou
Ming, Siow Yi Teng (F).
Kapal
Layar: Kevin Lim Leong Keat (Laser).
Artistik
Jimnastik Lelaki: Ng Shu Wai.
Diving: Leong Mun Yee (F), Gracie Junita Terry Pego
(F), Bryan Nickson Lomas.
Memanah: Mon Redee Sut Txi (F).
Taekwando: Elaine Teo Shueh Fhern (F).
Angkat
Berat: Muhammad Faizal Baharom.
Olahraga: Nazmizan Muhammad, Yuan Yu Fang (F).
Beijing
2008
Malaysia
di wakili 33 peserta dalam 9 jenis sukan, ialah kontijennya yang terbesar sejak Melbourne 1956. Lee Chong Wei
berjaya memenangi Pingat Perak setelah kalah kepada jaguh tuan rumah Lin Dan di
perlawanan akhir Perseorangan Lelaki acara Badminton. Ini adalah pingat yang
pertama sejak 12 tahun yang lalu, menjadi jumlah pungutan pingat negara 4 semua
sekali. Ia juga ialah Pingat Perak kedua dalam sejarah penyertaan Malaysia di
Sukan Olimpik sejak menyertainya 1956. Penyertaan Malaysia di Beijing ialah:
Renang 5, Diving 4, Memanah 3, Olahraga 3,
Badminton 9, Basikal 4, Kapal Layar 1, Menembak 1. Taekwando 2, dan
Angkat Berat1. Chef de Mission ialah Dato Ho Koh Chye seorang lagi bekas jagoh
Olimpik Malaysia dalam acara Hoki. Pembawa Bendera ialah Mohd Azizulhasni Awang
(Basikal).
Renang: Daniel William Henry Bego, Stow Yi Ting (F),
Khoo Cai Lin (F), Lew Yih Wey (F), Leung Chii Lin (F.)
Diving: Bryan Nickson Lomas, Leong Mun Yee (F),
Elizabeth Jimie (F), Pandelela Rinong (F),
Memanah: Cheng Chu Sian, Muhammad Marbawi
Sulaiman, Wan Mohd Khalmizam Wan Ab.
Aziz.
Olahraga: Lee Hup Wei, Roslinda Binti Samsu (F), Yuan Yu Fang (F),
Badminton: Lee Chong Wei, Wong Choong Hann, Koo Kien
Keat, Tan Boon Heong, Choong Tan Fook, Lee Wan Wah, Wong Mew Choo (F), Wong Pei Tty (F), Chin Eei Hui (F).
Basikal: Mohd Azizulhasni Awang, Josiah Ng Onn Lam, Mohd Rizal Tisin, Muhammad
Edrus Md Yunos.
Kapal
Layar: Dr. Kevin Lim Leong Keat.
Menembak: Hasli Izwan Amir Hasan.
Taekwando: Elaine Teo Shueh Fhern (F), Che Chew Chan
(F).
Angkat
Berat: Amirul Hamizan Ibrahim.
London
2012
Chef de Mission: Tun Ahmad Sarji bin
Abdul Hamid.
Pungutan Pingat Malaysia di Sukan
Olimpik.
Pada tahun 1956 hingga 1988, 2000 dan
2004 kontijen Malaysia tidak memenangi sebarang pingat.
Sukan Olimpik XXV – Barcelona 1992.
Adik beradik Radzif Sidek dan Jalani
Sidek memenagi pingat Olimpik untuk Malaysia yang ulung bila berjaya memungut
Pingat Gangsa dalam acara Bergu Lelaki.
Sukan Olimpik XXVI – Atlanta 1996.
Cheah Soon Kita dan Yap Kim Hock berjaya
memenagi pingat Olimpik kedua untuk Malaysia apabila mereka memperolehi Pingat
Perak dalam acara Badminton Bergu Lelaki. Rashid Sidik berjaya mengikuti jejak
abang-abangnya 4 tahun dahulu apabila dia memungut Pingat Gangsa dalam acara
Badminton Persaorangan Lelaki.
Sukan Olimpik XXIX – Beijing 2008.
Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat
Olimpik yang ke empat untuk Malaysia bila dia memperolehi Pingat Perak dalam
acara Badminton Lelaki Persaorangan.
No comments:
Post a Comment