SILAT
Pengenalan
Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri
bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Seni
ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke
generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri di Brunei,
Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar
pesilat. Kini, pegajar atau guru silat digelar sebagai jurulatih dan seorang
yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar guru utama aliran tersebut.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan
seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah
pukul). Namun terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan
Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai
persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran
mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari
sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang dipelajari.
Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari
bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan
memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri
yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh.
Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat.
Sejarah
Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui
umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu sebagai perisai diri. Berdasarkan
bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi
Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni mempertahankan
diri ini di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.
Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini
dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, seni pertempuran ini
diperhalusi lagi dan dikenali sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah
digunakan oleh kerajaan Srivijaya untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman
kekuasaan Majapahit, ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak
kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.
Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung
Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya
golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari
silat. Seni silat ini akhirnya telah sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan
seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan
Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung
Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa, Majapahit.
Beladiri & Falsafah
Silat menjadi sebutan rasmi kepada beladiri Melayu.
Sebelum itu di kepulauan Jawa, ia lebih dikenali dengan “Pencak”. Ada juga
orang Melayu Bugis, Acheh dan Fatani menyebut Gayung. Umumnya, silat sebagai
sejenis seni mempertahankan diri.
Falsafah silat tersembunyi dalam sebutan “silat” iaitu
elak dan elat (ilat) atau dalam mengelak–mengilat. Dalam latihan, silat dilihat
seperti beladiri lain yang menggunakan mental dan fizikal tetapi pada
hakikatnya ia tetap berbeza dalam penyampaian dan pengisian mengikut budaya
adab.
Silat atau perguruan juga dicerita dalam lisan dengan pelbagai hasil:
1. Silat sendiri diceritakan
secara lisan dari orang yang pandai mengilat ketika diserang.
2. Hasil pergerakan tangan
seorang imam mengambil air sembahyang (wuduk) di telaga.
3. Seorang wanita melihat dua
binatang (monyet melawan harimau).
4. Menggayakan pergerakan
binatang-binatang tertentu seperti harimau.
5. Pergerakan-pergerakan
mengepung dan membunuh harimau yang
mengganas di kampung.
6. Hasil dari persembahan atau
teater.
7. Menggabungkan menjadi satu
perguruan yang telah dituntut.
Istilah Dalam Seni Silat
i) Sikap dan
Gerak
Seni silat ialah sistem yang terdiri atas sikap (posisi) dan gerak-gerik
(pergerakan). Ketika seorang pesilat bergerak ketika bertarung, sikap dan
gerakannya berubah mengikuti perubahan posisi lawan secara berkelanjutan. Setelah
menemukan kelemahan pertahanan lawan, pesilat akan cuba mengalahkan lawannya dengan
suatu serangan yang segera.
ii) Langkah
Ciri khas dari silat adalah penggunaan langkah. Langkah ini penting di
dalam permainan silat yang baik dan benar. Ada beberapa pola langkah yang
dikenali, Contohnya langkah tiga dan langkah empat.
iii) Teknik
atau Buah
Silat memiliki banyak teknik bertahan dan menyerang. Pesilat biasanya
menggunakan tangan, siku, lengan, kaki, lutut dan tepak kaki dalam serangan.
Teknik umum termasuk tendangan, pukulan, sandungan, sapuan, mengunci, melempar,
menahan, mematahkan tulang sendi, dan lain-lain.
iv) Jurus
Jurus ialah rangkaian gerakan dasar untuk tubuh bahagian atas dan bawah,
yang digunakan sebagai panduan untuk menguasai penggunaan teknik-teknik
lanjutan pencak silat (buah), saat dilakukan untuk berlatih secara tunggal atau
berpasangan. Penggunaan langkah, atau gerakan kecil tubuh, mengajarkan
penggunaan pengaturan kaki. Saat digabungkan, itulah Dasar Pasan, atau aliran
seluruh tubuh.
Aspek
1. Aspek Rohani: Para
pendekar dan mahaguru seni silat pada zaman dahulu seringkali melewati tahapan
semadi, tapa, atau aspek kebatinan lain untuk mencapai tingkat tertinggi
keilmuannya.
2. Aspek Seni Budaya: Istilah
Pencak pada umumnya menggambarkan bentuk seni tarian pencak silat, dengan musik
dan busana tradisional.
3. Aspek Bela Diri: Istilah
silat menekankan pada aspek kemampuan teknik bela diri silat.
4. Aspek Olahraga: Pesilat
cuba menyesuaikan fikiran dengan tubuh. Aspek olahraga meliputi pertandingan
dan demonstrasi bentuk-bentuk jurus, baik untuk tunggal, ganda atau regu.
Tahap Kemahiran
1. Pemula
Diajari semua tahap dasar seperti kuda-kuda, teknik tendangan, pukulan,
tangkisan, elakan, tangkapan, bantingan, tubuh, mahupun rangkaian jurus dasar
perguruan dan jurus standard IPSI.
2. Menengah
Di tahap ini, pesilat lebih fokus pada aplikasi semua pergerakan dasar,
pemahaman, variasi, dan di sini akan mulai terlihat minat dan bakat pesilat,
dan akan disalurkan kepada cabang masing-masing, misalnya Olahraga dan Seni
Budaya.
3. Pelatih
Hasil dari kemampuan yang matang berdasarkan pengalaman di tahap pemula
dan menengah akan membuat pesilat melangkah ke tahap selanjutnya, di mana
mereka akan diberikan teknik-teknik beladiri perguruan. Teknik ini hanya
diberikan kepada orang yang memang dipercayai dan mampu menjalankan teknik mahupun
moral, kerana biasanya teknik beladiri merupakan teknik tempur yang sangat
efektif dalam melumpuhkan lawan.
4. Pendekar
Tahap ini merupakan pesilat yang telah diakui oleh para perguruan,
mereka akan mewarisi ilmu-ilmu rahasia yang bertingkat tinggi.
Pakaian
Pakaian Silat
adalah longgar untuk mudah bergerak. Dalam sejarah peperangan, orang-orang
istana memakai sebegitu dan ada juga baju rantai untuk mengelakkan panahan,
memakai sangga rotan di pergelanggan tangan dan bengkung di perut untuk tegap
badan dan juga untuk menahan dan mengalih tikaman senjata tajam. Kesimpulannya,
pakaian perlu sesuai dengan tujuan dan matlamat.
Dalam latihan, pakaian perlu lengkap menutup badan
atau aurat jika lelaki bercampur dengan wanita. Pakaian juga perlu sesuai
dengan ‘kehadiran’ senjata-senjata berkenaan supaya ia boleh diselit di
bahagian-bahagian tertentu badan serta tidak menghalang pergerakan bila
bersenjata.
Pakaian dalam persembahan adalah mengikut perguruan
dan kesesuaian majlis. Penampilan ‘pertarungan’ hulubalang yang hendak
dipersembahkan, pakaian yang menampakkan ciri-ciri orang istana dizahirkan
seperti bersetanjak, baju layang, bersamping dan keris.
Manakala penampilan pakaian guru atau orang silat yang
dijemput hadir dalam majlis tertentu, bentuk rupa (fesyen) atau potongannya
berbaju Cekak Musang dan Teluk Belanga serta berwarna hitam. Potongan dan warna
ini sebagai pemakaian rasmi silat kerana dipakai oleh majoriti perguruan.
Senjata
Dalam sejarah lisan dan bertulis, orang-orang istana
dalam bertempur menggunakan senjata-senjata tertentu seperti antaranya keris,
sundang, lembing, badik dan tumbuk lada. Keris dijadikan senjata utama dalam
seni silat. Terdapat juga yang menggunakan senjata-senjata rahsia seperti lawi
ayam, kerambit dan anak badik yang disembunyikan dalam ikatan pakaian. Kini,
parang, kapak, buluh dan pelbagai peralatan tertentu lagi telah dijadikan
senjata dalam seni silat.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran
akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong. Secara umum,
sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya
menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang
penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong
sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang
diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari
kemahiran senjata.
Badan Induk Silat di Malaysia
Persekutuan Silat Kebangsaan atau PESAKA merupakan
satu badan yang ditubuhkan sebagai badan induk untuk kegiatan silat yang sudah
berdaftar secara rasmi sebagai pertubuhan ataupun yang masih bergerak secara
tradisional melalui perguruan.
Badan-badan silat peringkat Negeri dan Kebangsaan yang berkenaan:
Peringkat Negeri:
Perlis Pulau
Pinang
Perak Pahang
Wilayah
Persekutuan Kedah
Johor Melaka
Kelantan Sarawak
Peringkat Kebangsaan (Badan Pendiri):
Silat
Cekak Malaysia
Silat
Gayong Fatani
Silat
Lincah Malaysia
Silat
Gayong Malaysia
Persekutuan
Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia)
ARAH
TUJU:
Aktiviti
Silat telah dibahagikan kepada 3 bidang yang masing-masing:
1.
Silat
Berunsurkan Budaya.
Memperkenalkan budaya silat
di Malaysia kepada antarabangsa.
2.
Silat
Berunsurkan Rekreasi.
Merupakan satu aktiviti
riadah dan juga kecergasan sesuai dengan falsafah Malaysia cergas.
3.
Silat
Berunsurkan Pertandingan.
Menjadikan aktiviti seni
silat dalam bentuk pertandingan seperti Silat Olahraga dan Silat Seni di
peringkat Negara serta Antarabangsa. Sebagai contoh, pertandingan sukan di
peringkat Antarabangsa ialah Sukan SEA.
No comments:
Post a Comment