1. Datuk Lee
Chong Wei
Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan
pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta. Chong Wei mengumpul pendapatan itu berdasarkan
memenangi sembilan kejohanan antarabangsa, selain pingat emas Sukan Komanwel
dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000. Jumlah itu
belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu
dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih
perak di Sukan Olimpik 2008.
Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada
penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis,
Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei
mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
2. Safee
Sali
Safee Sali digelar sebagai jutawan bolasepak pertama
negara Malaysia apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula
kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun
lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee
akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah,
kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke
Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.
3. Datuk Nicol
David
Pendapatan Nicol David pula dalam
lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk
meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.
Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel
Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan
kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.
No comments:
Post a Comment