Sunday, April 28, 2013
Silat Seni Gayong
Sejarah dan Perkembangan
Silat Seni Gayong
telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau Sudong, Singapura.
Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. Kemuncaknya dalam
tahun 1956, Dato’ Onn b.
Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani
telah menjadi murid Gayong. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agung dan
Waris Beradat Silat Seni Gayong.
Sebuah akademi silat
bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute
of Gayong Woodlands telah
ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan
Sijil Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus-kursus yang ditawarkan.
Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa orang gurulatih Semenanjung yang
terkenal.
Falsafah Silat Gayong
Seni dalam kontek Silat Seni Gayong pula ialah satu
unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Ia
mendidik dan membentuk pertahanan dan ketahanan jiwa yang sentiasa perlu dibaja
dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji.
Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi - sifat
yang membina unsur silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seorang murid
Gayong.
Gayong:
Dalam suatu
pertarungan yang menggunakan sepenuh tenaga kekuatan dan kepintaran untuk
mengalahkan lawannya, sama ada dengan menggunakan senjata ataupun tanpa
menggunakan senjata.
Pelajaran
Silat Seni Gayong
1.
Seseorang pesilat
akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini
digolongkan sebagai pelajaran bersilat.
2. Peringkat
kedua ialah bahagian seni. (Peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi
tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan
lawan).
3.
Latihan dijalankan
di tempat yang tidak berbumbung - hanya dipagari dinding yang tinggi untuk
menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada memasuki gelanggang.
4. Biasanya
pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih.
5. Dimulakan
dengan upacara Membuka Gelanggang (membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan diikuti dengan memanjatkan
doa ke hadrat Allah S.W.T. meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa
latihan sedang dijalankan).
6. Selepas
melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas, pesilat akan
berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk
menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak
agresif (asas elakan/elak pukul).
7. Biasanya
terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan
yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap, jika perlu,
tangkapan yang berbahaya serta gerakan serang balas yang dilakukan tanpa disedari.
8. Ahli-ahli baru
melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot
dan tendon.Kemudian mereka berlatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan
teknik asas menendang dan menangkis.
9.
Pergerakan
menyerang hanya diajar dari peringkat bengkung Pelangi Hijau. Pemegang bengkung
Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan
tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan
berbahaya pada tubuh.
10.
Kemahiran yang
perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah:
- Gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan
- Gerakan serang balas jenis tangkapan: buah tapak kunci mati
- Gerakan serang balas ke atas kuncian: buah tapak kunci hidup
- Gerakan serang balas jenis pukulan: serangan harimau
- Gerakan jatuh pulih: senaman anak harimau
- Gerakan
serangan bersenjata dan serang balas ke atas serangan bersenjata.
11. Latihan Silat
Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikehendaki
membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara membuka gelanggang.
Lima prinsip asas yang menjadi rukun
atau teras agama Islam
Ga - Genggam
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang
telah dilafazkan.Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang
diberikan.
Alif - Angkat
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan
Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - Yakin
Yakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - Waras
Membuat pertimbangan yang sewajarnya
sebelum bertindak.
Nga - Ngeri
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan
dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang
menyaksikannya.
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
LOGO Seni Silat Gayong M’sia:
·
Diasaskan oleh
Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd
·
Dua organisasi
dalaman:
- Lembaga Adat Istiadat
Menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang,
melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai
sebuah Pertubuhan.
- Majlis Gurulatih
Merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan
adat-istiadat silat yang diwarisi.
Thursday, April 25, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)