Tuesday, February 19, 2013

Majlis Sukan Negara (MSN)


Majlis Sukan Negara (MSN)
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancaran rasminya telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Febuari 1972. Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan Negara dapat mencapai prestasi yang terbaik. Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat sekarang ini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di pertandingan di peringkat tinggi.

Misi
Majlis Sukan Negara Malaysia akan memainkan peranan yang aktif untuk menjadikannya sebagai agensi utama yang bertanggungjawab ke arah pelaksanaan program pembangunan sukan di negara ini. Ini selaras dengan objektif utama Dasar Sukan Negara. Dasar ini menetapkan Majlis Sukan Negara Malaysia diberi tugas dengan mengambil langkah yang perlu dalam mencapai kecemerlangan SUKAN hingga ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen, di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej negara.

Visi
Selaras dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan untuk menerapkan BUDAYA SUKAN dalam segenap lapisan masyarakat di negara ini, MSN terus mengorak langkah mempertingkatkan lagi program dan aktivitinya bagi mencapai matlamat berikut:
MENERUSKAN KESINAMBUNGAN PEMBANGUNAN DAN KEMERIAHAN SUKAN NEGARA DARIPADA PERINGKAT AKAR UMBI HINGGALAH KE TAHAP KECEMERLANGAN  MELALUI GABUNGAN LIMA TERAS UTAMA, IAITU
KEPIMPINAN KERAJAAN,
KESUKARELAAN PERSATUAN SUKAN,
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEKTOR SWASTA,
MINAT DAN PENGHAYATAN MASYARAKAT,
SERTA KOMITMEN ATLET.


Objektif Majlis Sukan Negara:
1)   Memajukan dan mempertingkatkan prestasi atlet Negara daripada peringkat Tunas, Bakat, Pelapis dan Elit bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
2)   Mempertingkatkan kualiti, pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbiran sukan tempatan.
3)   Menyediakan peluang penyertaan yang lebih luas di bidang sukan peringkat negeri dan daerah.
4)   Menyediakan program-program perkhidmatan, khidmat nasihat, kepakaran, dokumentasi, perpustakaan, penyelidikan sains serta perubatan sukan.
5)   Memperuntukan skim galakan dan ganjaran untuk atlet, jurulatih dan pentadbir sukan sebagai dorongan ke arah peningkatan prestasi yang tinggi.
6)   Membantu, memperbaiki dan memperkemaskan persatuan dan pertubuhan sukan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
7)   Membantu memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis Sukan Negeri dan merancang bersama pelaksanaan program pembangunan sukan peringkat kebangsaan.
8)   Merancang dan menguruskan kemudahan sukan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis.
9)   Menyelaras pengelolaan Sukan Malaysia.


Tugas MSN mengikut Akta 1971 adalah:
1)   Memberi nasihat kepada menteri tentang perkara-perkara yang berhubung dengan sukan.
2)   Menyelaras kegiatan-kegiatan sukan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.
3)   Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara dan dasar untuk memajukan sukan dan melaksanakannya jika diluluskan.
4)   Menggalakkan penyertaan dalam sukan di dalam dan luar Negara.

Aktiviti Utama Majlis Sukan Negara:
-      Program Pembangunan Atlet
-      Khidmat Sains dan Perubatan Sukan
-      Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan
-      Pengurusan dan Kepagawaian Sukan
-      Kemudahan Sukan
-      Skim Penggalakkan dan Anugerah Sukan
-      Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Atlet & Jurulatih
Atlet bertaraf dunia dilahirkan berorientasikan pencapaian prestasi cemerlang di temasya-temasya peringkat antarabangsa iaitu Sukan SEA, Komanwel, Asia & Olimpik serta kejohanan-kejohanan individu.
Majlis telah melaksanakan program latihan yang lebih bersistematik dan tersusun di setiap peringkat bagi melahirkan atlet yang mampu menggalas cabaran di kejohanan peringkat tertinggi.
Sukan berbentuk kompetetif untuk golongan OKU dipertandingkan di setiap temasya sukan utama dunia iaitu Sukan Paralimpik, Kejohanan-Kejohanan Dunia dan Asia.
Pelbagai Skim Pelesenan dan Persijilan telah dilaksanakan bagi memastikan jurulatih dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan.

Carta Organisasi Majlis Sukan Negara

Carta Korporat MSN                                    >>>papar
Bahagian Atlet                                              >>>papar
-          Cawangan elit
-          Cawangan pelapis
-          Cawangan paralimpik
-          Cawangan kejurulatihan
Bahagian Khidmat Pengurusan                   >>>papar
-          Cawangan pentadbiran
-          Cawangan Sumber manusia
-          Cawangan Kewangan
-          Cawangan Teknologi maklumat
Bahagian Pengurusan  Sukan                      >>>papar
-          Cawangan Pengurusan Kejohanan
-          Cawangan Dasar
-          Cawangan Antarabangsa
Bahagian  Organisasi dan Hal Ehwal Atlet  >>>papar
-          Cawangan Hal Ehwal Atlet
-          Cawangan  Organisasi
Bahagian Harta dan Kemudahan                  >>>papar
-          Cawangan Harta
-          Cawangan Kemudahan
-          Cawangan Teknikal

No comments:

Post a Comment