Tuesday, February 19, 2013

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)


Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan telah wujud pada tahun 1964 sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan (KKBS). Dalam tahun 1965, bahagian sukannya telah dipertanggungjawabkan peranan menguruskan kegiatan sukan pada keseluruhannya. Pada tahun 1981-1982, tanggungjawab ke atas sukan prestasi tinggi telah berpindah ke Majlis Sukan Negara (MSN) setelah mula aktif. Namun bahagian Sukan KBS telah memainkan peranan dalam mengembangkan sukan dan rekreasi yang melibatkan masyarakat secara beramai-ramai untuk menuju ke arah dasar Sukan Untuk  Semua di bawah slogan kata MALAYSIA CERGAS.

Sejarah
-bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953.
-Pada tahun 1964, Bahagian Kebudayaan dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dengan pemindahan ini, dua bahagian telah diwujudkan iaitu Bahagian Sukan dan Bahagian Belia.
-Pada tahun 1972, kerajaan telah menggabungkan tiga aspek penting iaitu Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk dikendalikan di bawah satu Kementerian yang dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Pada 20 Mei 1987, Kementerian ini sekali lagi berubah, di mana Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah portfolio Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan pemindahan ini, kementerian kini dikenali sebagai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Objektif Kementerian Belia dan Sukan
Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.

Fungsi Kementerian Belia dan Sukan
i) Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
ii) Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
iii) Menyemarakkan penyertaan rakyat mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat melalui konsep "Sukan Untuk Semua" dan pengenalan konsep "Malaysia Cergas"
iv) Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
v) Melahirkan tenaga kerja mahir dan berkualiti di dalam bidang-bidang berkenaan ke arah memenuhi sebahagian keperluan industri negara.

Carta Organisasi Bahagian Sukan
1)   Cawangan penggalakkan.
-mengadakan pogram latihan kepimpinan penggerak sukan, rekreasi  dan kecergasan.
-memperkenalkan konsep dan idea ‘Malaysia Cergas’ sebagai  amalan hidup yang aktif dan sihat.
-mengorientasikan nilai dan sikap kesukanan bagi membantu menyelesaikan masalah sosial.
-menggalak dan membangunkan ‘sukan untuk semua’ dalam usaha meningkatkan penyertaan rakyat.
2)   Cawangan Perkhidmatan.
-merancang pembangunan kemudahan dan membekal peralatan sukan untuk penyertaan yang lebih luas.
-mewujudkan perhubungan berkesan dengan pertubuhan-pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan.
3)   Cawangan Penyelidikan.
-menguruskan latihan dan kerjaya pagawai atau kakitangan,
-membuat kajian dan dokumentasi dalam aspek kemajuan sukan, rekreasi dan kecergasan.
4)   Pusat Sukan.
-menyediakan khidmat kepakaran dalam pembelajaran dan latihan sukan, rekreasi dan kecergasan.
-menggalakkan penyertaan ramai daripada berbilang kaum melalui penyediaan kemudahan sukan, rekreasi dan kecergasan.

No comments:

Post a Comment