Wednesday, January 9, 2013


Adakah Dato Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh sukan Olimpik pada tahun 2016?
           
Saya tidak setuju bahawa Datuk Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh Olimpik pada tahun 2016. Pertamanya, usia Datuk Lee Chong Wei telah meningkat. Beliau akan berusia 33 tahun apabila Olimpik 2016 berlangsung. Tahap fizikal dan kesihatannya akan menurun dan ini akan menjejaskan prestasinya. Ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang serius. Seterusnya, Datuk Lee Chong Wei juga boleh menjadi jurulatih bagi calon-calon pemain badminton untuk menyertai Olimpik 2016. Ini dapat memupuk lebih banyak pemain badminton yang berjaya seperti beliau bagi negara kita. Kita juga tidak perlu membimbangkan bahawa tidak mempunyai pemain badminton yang mampu mendapat keputusan yang cemerlang pada masa yang akan datang. Selain itu, peluang juga haruslah diberi kepada pemain-pemain yang lain untuk mencabar dalam permainan badminton Olimpik. Kini, terdapat juga pemain yang berbakat dalam permainan badminton. Sebagai contoh, Zulfadli Zulkifli, juara perseorangan badminton remaja dunia. Akhirnya, beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada November 2012. Oleh itu, beliau harus memberikan lebih banyak masa bagi keluarganya.  

No comments:

Post a Comment