SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI
PEMILIHAN SUKAN UNTUK
DIJADIKAN TUMPUAN DALAM USAHA MEMPERTINGKATKAN PRESTASI ATLET MALAYSIA TELAH
DILAKUKAN MENERUSI PERWUJUDAN PROGRAM SUKAN TERAS PRESTASI TINGGI. PADA
PERINGKAT AWAL SEBANYAK LAPAN (8) JENIS SUKAN IAITU AKUATIK, OLAHRAGA,
BADMINTON, BOLING, GIMNASTIK, HOKI, SKUASY DAN BOLASEPAK TELAH DIPILIH UNTUK
DIMAJUKAN PADA FASA PERTAMA PERLAKSANAAN PROGRAM INI. JUMLAH SUKAN INI
KEMUDIANNYA DITAMBAH MENJADIKAN KESELURUHANNYA 19 JENIS SUKAN. KEPUTUSAN INI
TELAH DIBUAT OLEH JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN SUKAN.
NAMUN DEMIKIAN,
DARIPADA 19 JENIS SUKAN TERSEBUT, HANYA TERDAPAT SEBILANGAN KECIL SUKAN YANG
TELAH TERBUKTI CEMERLANG DAN BERKEMUNGKINAN BESAR UNTUK BERJAYA DI SUKAN
OLIMPIK. MANAKALA SELEBIHNYA ADALAH LEBIH SESUAI ATAUPUN LEBIH BERPOTENSI UNTUK
SUKAN ASIA DAN SUKAN KOMANWEL. BAKINYA ADALAH UNTUK TEMASYA SUKAN SEA SAHAJA.
SECARA RINGKASNYA
TELAH SAYA NYATAKAN SEBENTAR TADI JENIS-JENIS SUKAN YANG TELAH MENUNJUKKAN
KEJAYAAN DI SETIAP SUKAN TEMASYA YANG DISERTAI OLEH ATLET-ATLET NEGARA KITA
SEJAK DARI TAHUN 1950.
WALAUPUN SUKAN TERAS
PRESTASI TINGGI BARU DILAKSANAKAN MULAI PADA PENGHUJUNG TAHUN 2004 TETAPI TIDAK
SALAH KALAU KAJIAN SEMULA DILAKUKAN SUPAYA PROGRAM INI DAPAT DILAKSANAKAN
DENGAN CARA LEBIH BERKESAN. PENILAIAN INI SUDAH TENTU MEMBOLEHKAN PENJIMATAN
KOS DAPAT DIBUAT DAN YANG LEBIH PENTING LEBIH RAMAI LAGI ATLET-ATLET MUDA DARI
SUKAN-SUKAN YANG DIPILIH BERJAYA DIKENALPASTI DARI SELURUH NEGARA.
No comments:
Post a Comment