Sports management as an area of academic
preparation is a relatively recent
phenomenon in Malay sia. The f irst sports science degree program was introduced by the University of Malaya
only in July,1995. Since then many public
and private local universities began
offering sports science degree programs at various levels. This article discusses
the need, role and importance of sports science as an
academic endeav or at public and priv
ate institutions of higher learning in
Malaysia. The general overview of the sport industry is presented. W hile a range of programs is
offered, attention must be giv en to the relev ance of such
programs to local needs. S ports
development is high on the national development agenda based on the recent
increase in allocation f or sports in the Ninth Malaysia Plan. L
ocal universities must now reassess and
restructure sports science academic
programs so that the educational process stays relevant to the changing needs
of local sport development.
Sejak kebelakangan ini perkembangan industri sukan negara telah menjadi semakin
pesat dan lebih menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama
iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu
prasarana dan arena sukan. Kesan daripada Sukan Komanwel yang dianjurkan pads 1998 telah
memberi petanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan
di peringkat antarabangsa (Megat Daud,
2000). Kejohanan pelbagai jenis sukan di
peringkat antarabangsa telah pun di adakan dan sedang dirancang oleh pelbagai
pihak terutamanya kerajaan demi memenuhi
hasrat negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai titik tumpu atau `hub' sukan di rantau ini. Kejohanan seperti temasya
Sukan SEA, Hoki Piala Dunia (2002), Sukan FESPIC (2006), kejohanan tahunan
Malaysian Grand Prix Formula 1 dan
sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa
Malaysia mampu dan sedang menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya
sukan peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, Malaysia juga menghadapi
saingan dalam usaha untuk menjadi `hub' sukan di rantau ini apabila, baru-baru
ini, negara jiran Singapura telah mula jugs berkempen untuk memasarkan
negara itu sebagai `hub' industri sukan antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada syarikat
multinasional sukan.
103
1
Masalah Pendidikan, 31(1)
Secara amnya, objektif artikel ini adalah
untuk membincangkan tiga persoalan yang dapat ditimbulkan berdasarkan fenomena
ini, iaitu:
1. Sejauh manakah keperluan dan kepentingan
industri sukan di Malaysia?
2.
Sejauh manakah pula keupayaan negara dalam industri tersebut?
3.
Apakah persediaan negara dalam menghadapi proses ubah ansur ini dari
segi persediaan akadenuk sukan?
Definisi Industri Sukan
Sebelum
perbincangan dilanjutkan mengenai
keperluan modal insan dalam
bidang sukan di Malaysia, ada baiknya
ditinjau status sukan sebagai satu prospek
industri tempatan. Di Amerika
Syarikat nilai industri sukan telah meningkat naik daripada tangga ke
22 pada tahun 1987 ke tangga ke 11 dalam tahun 1995 (dalam jangkamasa kurang 10
tahun) dengan jumlah pendapatan bemilai
USD152 bilion mengatasi industri
automotif dan petroleum (Meek, 1997). Menurut mantan Perdana Menteri,
Tun Mahathir Mohamad, Perlumbaan Formula One Malaysia pada tahun
2000 misalnya telah menghasilkan
impak pengganda industri sukan bernilai hampir RM 1 bilion (Star 23 Mac 2000).
Walaupun secara khususnya tiada terdapat statistik dan
kajian yang dibuat
dalam
menentukan nilai sebenar industri sukan
negara ini secara ilmiah namun
keluasan pengaruh sektor ini boleti dilihat secara makro sebagai perbandingan
dengan negara maju khususnya
Amerika Syarikat yang merupakan pelopor industri sukan dunia
(Megat Daud, 2000). Kajian dan usaha untuk menentukan nilai sebenar industri
sukan di Amerika sentiasa dibuat dan ini amat memudahkan dan dapat kita jadikan
model atau garis panduan untuk
digunakan di dalam pengukuran
industri sukan tempatan.
Secara
dasarnya, industri adalab satu
kumpulan organisasi yang pelbagai di
dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang saling bergantung antara sate
sama lain yang mana matlamat akhirnya adalah keuntungan. Sementara menurut satu
definisi (Ming Li, Hofacre, & Mahony, 2001) industri sukan adalah terdiri
daripada organisasi-organisasi yang
mempunyai fungsi dan fokus utamanya kepada sukan atau perkhidmatan kepada organisasi sukan. Manakala Brooks (1994) pula mengatakan bahawa Industri
Sukan terdiri daripada "sekumpulan perusahaan yang menghasilkan barangan
atau perkhidmatan sukan berdasarkan pengkhususan
kerja dan melibatkan kepakaran individu
yang semakin berkembang untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan
sukan yang berkesan."
Mengikut Mullin (1980) industri sukan
menawarkan permainan `packaged' atau
acara kepada penonton atau pengguna
yang lain. Ia juga menawarkan kemudahan, peralatan dan acara kepada pemain. Industri sukan juga menawarkan bantuan perkhidmatan am, kawalan
dan publisiti kepada organisasi yang lain.
Ringkasnya definisi Industri Sukan ini amat
luas ruang lingkupnya di samping
sangat dinamik dan sentiasa berkembang
merangkumi keseluruhan organisasi pengeluar, pembekal barangan dan perkhidmatan
sukan untuk konsumer sukan secara langsung mahupun tidak Organisasi-organisasi tersebut berurusan
atas dasar pengkhususan kerja dan
kepakaran masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari
definisi yang pelbagai di atas, terdapat satu perkara pokok yang jelas; kerjaya
dalam sukan ini mula dilihat sebagai satu pekerjaan atau kerjaya yang serius
dan sepenuh masa di mana perancangan yang teliti harus dibuat demi kelancaran
acara atau aktiviti sukan. Kita mula
sedar juga betapa acara
sukan tidak dapat
berdiri dengan sendiri malah
sangat bergantung kepada sektor-sektor
industri yang lain. Sebagai contoh kite
lihat proses penganjuran Sukan Komanwel ke 16, "Kuala Lumpur
98". Perancangan yang mantap telah
dibuat seawal 10 tahun sebelumnya oleh
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk
menawarkan Malaysia sebagai tuan rumah melalui proses bidaan (bidding).
Kemudian perancangan prasarana Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dan beberapa
lagi fasiliti sukan di sekitar Lembah Kelang dan seluruh Malaysia pula
dibuat setelah Kabinet meluluskan
peruntukan yang berkaitan.
Tanpa sokongan dan penglibatan dari sektor industri konvensional yang lain
maka sudah tentu projek besar ini tidak akan berjaya. Sekali imbas boleh
dikatakan kesemua sektor industri konvensional ada kaitan rapat dengan industri
sukan. Malah setengah para akademik
pengurusan sukan berpendapat dan mengatakan bahawa industri sukan ini adalah gabungan berbagai bidang (multi-disciplined area) yang lebih luas dan
kemudian diguna pakai (applied) kepada sukan. Walaupun terdapat banyak
persamaan antara industri sukan dan industri pemiagaan konvensional namun ada
beberapa perkara yang membezakan industri sukan ini dari industri konvensional
antaranya (walaupun tidak hanya terhad kepada):
1.
Produk industri sukan mempunyai
jangkahayat pendek (short shelf -lif e) dan diguna pads masa itu
jugs (on site), misalnya perlawanan bolasepak. Produk industri biasa boleh
digunakan pada bila-bila masa misalannya kereta.
2.
Kegunaan produk industri sukan yang sangat terhad, contohnya stadium
yang hanya boleh menampung sebilangan penonton sahaja dan padang bolasepak di
dalarn stadium tersebut yang boleh menampung jumlah yang lebih kecil manakala produk industri konvensional mempunyai had gunaan yang tidak begitu terbatas.
3.
Adakalanya sukar mengawal kualiti
dan konsistensi produk industri sukan misalnya kecergasan atlit dan mood atau
perasaan penonton. Produk industri konvensional lebih mudah dikawal dari segi
ini.
4.
Produk industri sukan yang sangat bergantung kepada elemen kemanusiaan (human element)
seperti perasaan yang dikongsi bersama oleh semua peminat bolasepak negeri
Perak apabila pasukan kesayangan mereka berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai Liga Perdana 2000
hingga menyebabkan kesemua 25000
tiket ke perlawanan akhir itu habis dijual. Produk industri
biasa biarpun mempunyai elemen kemanusiaan itu seperti kereta yang
menimbulkan rasa bangga kepada pemiliknya namun pemasar kereta tersebut
tidaklah begitu bergantung kepada sentimen yang sama untuk memastikan penjualan
keretanya laris.
5.
Industri konvensional sangat bermotifkan komersial dan keuntungan
manakala industri sukan biarpun keuntungan juga adalah satu matlamat namun
kerap kali matlamat sebenar sesuatu acara sukan dijalankan adalah lebih
bersifat bukan keuntungan. Misalnya penganjuran Sukan Paralimpiad Rantau
Pasifik (FESPIC) 2006 yang sangat
tinggi dari segi kos, namun is masih
penting kerana dapat membuka ruang keterlibatan lebih ramai atlit kurang
upaya.
Bagi industri sukan, oleh kerana elemen
dalaman seperti natijah sesuatu acara itu bampir mustahil untuk ditaksirkan maka elemen luaran
sangat diambil berat, misalnya
cuaca dan bagaimana caranya untuk mengadakan sesuatu acara walaupun terdapat gangguan semulajadi
seperti itu. Ini adalah kerana faktor luaran seperti cuaca itu sangat
mempengaruhi kualiti produk sukan yang bakal disajikan kepada pengguna hingga boleh
menurunkan tahap keseronokan
penonton. Faktor dan elemen luaran
walaupun penting tetapi tidaklah mempunyai pengaruh yang besar kepada industri
konvensional.
Nilai dan Segmentasi Industri Sukan
Tempatan
Industri sukan juga adalah merupakan suatu sektor
yang mempunyai pembahagian (segmentation) yang banyak. Terdapat pelbagai sektor
sukan profesional (seperti Liga Perdana), sukan
peringkat universiti (seperti Majlis
Sukan Universiti Malaysia, MASUM)
sukan sekolah (seperti Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, MSSM) sukan antara kelab, sukan amatur, sukan
massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan
rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan. Kalau dilihat dari aspek penerapan
nilai komersil dalam sukan tempatan, ianya dapat dikesan ketika konsep
Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad diterjemahkan oleh mantan
Menteri Belia dan Sukan Datuk
Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an (Sabirin,
1999). Konsep Rakan Sukan ini
menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim
antara pihak kerajaan, sektor swasta
(sebagai tanggungjawab sosial dan menjadi nilai tambah komersil), persatuan dan
peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
Mengikut perangkaan Rancangan Malaysia
Kelima, jumlah peruntukan
pembangunan sosial bagi program sukan dalam tempoh 1986 hingga 1995 adalah bernilai RM97 juta walaupun yang dibelanjakan adalah
RM49 juta. Seterusnya di dalam Rancangan Malaysia Keenam, peruntukan untuk program sukan dilihat meningkat kepada RM179
juta. Rancangan Malaysia Kesembilan yang
baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
pada akhir tahun 2006 telah mengukuhkan lagi sokongan kerajaan
yang serius terhadap pembangunan sukan tempatan dengan peruntukan
sebanyak dua kali ganda peruntukan sukan Rancangan Malaysia Kelapan. lni jelas menunjukkan betapa kerajaan sendiri amat
menitikberatkan pembangunan sukan dan yakin dengan potensi bidang ini untuk
berkembang seterusnya menjana keuntungan ekonomi dan modal insan kepada negara.
Di negara
kita, nilai impak pengganda sukan adalah
infiniti. Hampir semua sektor
ekonomi lain ada bersangkut paut dengan
industri ini seperti pelancongan sukan, pendidikan sukan,
perlombongan dan perhutanan taman tema dan rekreasi sukan, pembuatan dan
pengilangan sukan, media sukan, hotel dan katering sukan dan lain-lain lagi.
Meek (1997) telah mengukur saiz industri sukan serta aktiviti sokongan di
Amerika Syarikat. Meek telah
mencadangkan supaya industri sukan dipecahkan kepada tiga sektor utama iaitu:
a) Hiburan Sukan dan Rekreasi — acara, pasukan dan peserta individu; b) Produk,
Rekaan dan Pekhidmatan Sukan — rekaan alatan terkini, pengeluaran dan
pengagihan produk sukan dan sebagainya; c) Organisasi Sukan Sokongan
— seperti liga, syarikat pemasaran,
syarikat guaman dan sebagainya (Meek, 1997).
Di Malaysia, tiada sebarang kajian serupa
pemah dijalankan untuk menilai sektor industri sukan. Oleh yang demikian,
dengan menggunakan Teori Meek (1997), sektor sukan sebagai hiburan adalah satu
sektor yang paling tampak di Malaysia. Acara sukan dipelbagai peringkat terus
diadakan memandangkan wujudnya pelbagai prasarana bertaraf antarabangsa. Sistem
perhubungan yang canggih dan kewujudan Koridor Raya Multimedia juga turut
membantu menjadikan Malaysia pilihan lokasi penganjuran sukan antarabangsa.
Sektor pelancongan sukan adalah suatu sektor yang semakin berpotensi menjana
pendapatan. Tahun 1988 yang telah diisytiharkan sebagai Tahun Sukan dan Rekreasi
oleh Kementerian Belia dan Sukan menjadi bukti kukuh bahawa sektor ini semakin
mendapat pengiktirafan dari kerajaan atas kepentingan dan sumbangan terhadap
ekonomi negara. Permintaan terhadap media sukan juga semakin ketara, tambahan
pula dengan konsep `global v illage' dan kemudahan melayari Internet melalui
jalur lebar telah menyebabkan pengguna menjadi lebih peka terhadap status sukan
antarabangsa terkini dan memudahkan pengguna Malaysia mengikuti perkembangan
tersebut.
Aliran perkembangan konsep taman tema di
Malaysia juga amat menggalakkan sejak lima hingga enam tahun kebelakangan ini.
Di sekitar Lembah Kelang sahaja, taman-taman terra tumbuh dengan banyak dan
pesat bagaikan cendawan selepas hujan. Faktor ini adalah disebabkan keadaan
ekonomi negara yang stabil dan meyumbang kepada kuasa membeli pengguna serta
keinginan peugguna untuk menyalurkan tekanan kerja seharian dengan berehat
bersama keluarga. Kalau sepuluh tahun dahulu, taman terra terdekat mungkin
hanya didapati di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan
Thailand, kini taman tema Malaysia adalah antara tarikan utama kedatangan
pelancong dari luar negara.
Sektor pembuatan dan pengagihan produk
sukan juga wujud di Malaysia. Negara kita memiliki jenama barangan sukan yang
setanding dengan jenama barangan sukan antarabangsa. Malah, tenaga kerja
berkualiti juga menjadi faktor utama pemilik
jenama antarabangsa menjadikan Malaysia
sebagai pelabuhan `entreport' dan syarikat pengeluar dan pengilang barangan
mereka terutamanya barangan ringan seperti pakaian, kasut dan sebagainya.
Sektor yang ketiga yang tidak kurang
pentingnya ialah organisasi sukan sokongan. Sektor ini dipecahkan kepada tiga
sektor lagi iaitu Sukan Amatur, Sukan Profesional serta Persatuan dan Kelab
Rekreasi. Dengan adanya usaha dari pihak kerajaan untuk mengemaskini daftar persatuan sukan di
Malaysia melalui penggubalan Akta Pembangunan
Sukan 1997 adalah diharapkan pengurusan serta pentadbiran sukan negara akan
lebih profesional dan mantap.
Secara keseluruhannya, kita dapat
perhatikan bahawa impak ekonomi dan pengganda sukan amat besar. Impak Ekonomi
termasuklah segala aktiviti ekonomi secara langsung dan tidak langsung dan
terhasil dari wang baru yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem ekonomi
sementara Impak Pengganda adalah gandaan berapa kali wang yang sama telah
dibelanjakan. Contohnya, apabila sesuatu acara sukan tempatan membawa masuk
wang dari pelancong, wang tersebut digunakan untuk membayar peketja
perkhidmatan tempatan. Pekerja itu kemudiannya menggunakan wang itu semula di
dalam sistem ekonomi tempatan apabila membeli barangan keperluan harian,
membayar bil dan sebagainya. Impak ekonomi dan acara sukan ialah wang barn yang
masuk hasil perbelanjaan pelancong asing. Impak pengganda ialah apabila wang
itu digunakan kembali dan membantu menyuburkan pemiagaan tempatan yang lain.
Persediaan Akademik Sukan di Malaysia
Jelas kini bahawa negara kita telah membuat pelaburan yang besar dalam
membangunkan sukan di Malaysia. Secara
dasarnya, sukan adalah sebahagian dari agenda modenisasi negara. Ini dibuktikan
melalui penggubalan Dasar Sukan Negara
(National Sports Policy, 1989). Dasar Sukan Negara menggariskan bahawa
pembangunan sukan negara adalah sebagai sebahagian usaha regenerasi sosial dan ianya mestilah seiring di antara
pembangunan sukan elit dan sukan massa.
Apabila sukan mula dijadikan sebagai
perniagaan maka perancangan yang teliti
perlu diadakan untuk mengurus sukan tersebut dan di sinilah akan kita
perhatikan apa yang dikatakan
kepentingan persediaan akademik
sebagai seorang pengurus sukan. Dari perspektif Chelladurai (1986),
pengurusan merangkumi empat fungsi pentadbiran
yang seharusnya dimiliki oleh
seseorang pengurus yang berkesan iaitu Planning (Perancangan), Organiz ing
(Pengendalian), L eading (Pentadbiran melalui Kepimpinan) dan
Evaluating (Penilaian) yang disebut juga sebagai prinsip POLE. Sementara Daft
(2003) menerangkan dengan lebih lanjut bahawa pengurusan adalah:
a set of activities, including planning and
decision making, organiz ing, leading and controlling, directed at an organiz
ation's human, f inancial, phy sical and
inf orm ation resources, w ith
the aim of
achiev ing organizational goals in an efficient and effective manner.
Secara ringkas, seorang pengurus sukan
mempunyai tanggungjawab yang sukar, selain dan tidak terhad hanya kepada
berasaskan prinsip POLE, beliau juga harus peka terhadap keunikan
sukan itu sendiri agar dapat beliau aplikasikan prinsip tersebut kepada
suasana sukan yang lebih khusus. DeSensi et al. (1988) seterusnya
mendefinisikan Pengurusan Sukan sebagai:
any combination of skills related to planning, organiz ing, directing,
controlling, budgeting, leading and evaluating within the context of an organiz
ation or department whose primary product or service is related to sport and/or
physical activity.
Dari
definisi ini, kita dapat rumuskan
bahawa pengurusan sukan adalah pemakaian
dan penyesuaian konsep
pengurusan konvensional kepada suasana
unik dan khusus sukan. Dengan cara ini,
pengurusan sukan yang sebelumnya biasa
dilakukan secara ad hoc kini mula ditadbir secara lebih
teratur, sistematik dan berkesan. Pengurusan sukan menurut Parks dan
Quarterman (2003) wujud dalam dua bentuk. Pertama ialah dalam bentuk kerjaya profesional di
mana terdapat pelbagai pilihan kerjaya yang berkaitan dengan
pengurusan dalam pasaran kini.
Keduanya ialah bidang akademik sebagai
persediaan untuk kerjaya
profesional iaitu sebagai suatu kursus pengkhususan (major) di institusi
pengajian tinggi.
Bidang
pengurusan sukan telah bermula di
Amerika Utara dalam kedua-dua
bentuk yang dinyatakan di atas sekitar lima
puluh tahun lalu. Sementara di Malaysia, kerjaya dan disiplin akademik ini
Baru bermula kira-kira sedekad yang
lalu. Di Amerika mahupun di Malaysia, kedua-dua bentuk ini saling berkaitan di
mana bidang persediaan akademik diberi tumpuan
memandangkan keperluan di dalam pasaran kerja terhadap pengurus sukan
yang berkesan semakin meningkat naik. Suatu contoh yang nyata mengenai
tumpuan yang diberikan kepada persediaan akademik ini di Malaysia ialah
peruntukan perundangan di dalam Akta
Pembangunan Sukan 1997 yang berkuatkuasa pads Januari 1998 di mama disebut
secara khusus di dalam Seksyen
7 Bahagian II bahawa:
Menteri boleh, ke arah membangunkan sukan, mengambil segala tindakan
yang perlu untuk menggalakkan
pembangunan sains sukan di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dan bagi maksud ini boleh
memberikan segala bantuan yang difikirkannya perlu.
Sesuai dengan peruntukan itu, maka kits
dapati beberapa institusi pengajian
tinggi awam dan swasta tempatan mula menawarkan program akademik berasaskan
pengajian sains sukan dengan
Universiti Malaya pads tahun 1995
sebagai pelopor bidang in yang akan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya.
Sejarah Perkembangan Disiplin Pengurusan
Sukan
Perkembangan bidang pengurusan sukan
tempatan banyak dipengaruhi oleh perkembangan bidang ini di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom
dan negara-negara Eropah dan Asia
lain. Ini tidak menghairankan memandangkan Malaysia juga
banyak mengalami proses asimilasi sukan asing dan kesediaan untuk menganggap serta menerima sukan itu sebagai milik sendiri. Contohnya seperti sukan bolasepak
yang dibawa masuk ke Malaysia oleh golongan tentera British di era
pra-Kemerdekaan. Boleh dikatakan semua
sukan di Malaysia mempunyai pengaruh dan
luar kecuali mungkin sepaktakraw yang
asalnya adalah disebut sepak raga dapat dikesan tertulis di dalam buku Sejarah
Melayu karangan Tun
Sri Lanang (Khoo, 1985).
Di Amerika Syarikat, inspirasi untuk suatu
kurikulum khusus tentang Pengurusan Sukan dapat dikesan seawal 1957, apabila
Walter O'Malley, pemilik pasukan besbot Los Angeles Dodgers waktu itu menulis
kepada James Mason, seorang pendidik di Universiti Ohio bertanyakan soalan di
bawah:
W here would one go to f ind a person who
by virtue of education had been trained to administer a marina, race track, ski
resort, auditorium, stadium,
theatre, convention or exhibition
hall, a public complex, or a person to f ill an executive position at a team or
league level. (Parks & Quarterman, 2003)
Tidak lama selepas itu, Universiti Ohio
telah memulakan program pengurusan sukan di peringkat Sarjana pads tahun
1966. Program akademik itu adalah
program Pengurusan Sukan gunaan yang pertama
sekali di Amerika Syarikat dan sehingga awal tahun 1990 terdapat lebih
200 orang pelajar siswazah dan pasca-siswazah dalam bidang pengurusan sukan di
seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika dianggap sebagai perintis di dalam
bidang sukan sebagai pemiagaan dan hiburan dalam industri sukan secara
globalnya. Kebanyakan negara di dunia
ini sering menggunakan Amerika
sebagai model untuk
keunggulan sukan dan Malaysia
tidak terkecuali. Walaupun demikian, tidak
semua contoh harus
diambil dan Amerika, dan para pengurus sukan di Malaysia hares peka
dengan situasi tempatan yang lebih
berciri Asia dan tentunya terdapat percanggahan
antara kedua budaya ini yang perlu dibeza dan dihoimati.
Hampir tiga puluh tahun kemudiannya, di
Malaysia, Universiti Malaya telah memulakan program akademik di
Pusat Sukan dengan penawaran ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
melalui program akademik empat tahun (kini tiga) dengan tiga jurusan pengkhususan (major) iaitu:
1. Pengurusan Sukan
2.
Psikologi Sukan dan Kejurulatihan
3.
Fisiologi Sukan dan Terapi Atlit
Program yang bermula pada tahun 1995 ini
juga adalah merupakan yang pertama di
Malaysia khususnya dan di rantau Asia Tenggara umumnya. Program dan kurikulum
Sains Sukan di Universiti Malaya ini telah direka khusus untuk memenuhi
kehendak dan keperluan pasaran tempatan setelah kajian terperinci dilaksanakan.
Sebagai garis panduan, kurikulum pengajian sukan (sports studies) dan sains
sukan (sports science) adalah disesuaikan dari basil kajian perbandingan yang dibuat di universiti-universiti yang
menawarkan kursus yang sama di Amerika
Utara dan Eropah. Program ini tercetus
idea dari Naib Canselor Universiti Malaya pads ketika itu, Allahyarham Tan Sri
Dato' Dr. Abdullah Sanusi Ahmad yang menyedari kepentingan pengurusan sukan
secara profesional. Tugas berat itu kemudiannya diserahkan kepada Pusat Sukan
yang diketuai oleh mantan Pengarah Profesor Dato' Dr. Khoo Kay Kim, seorang
peminat sukan dan pakar sejarah sukan yang sering menyumbangkan penulisan dan
kritikan mengenai sukan di dalam akhbar, majalah dan makalah sukan tempatan.
Program dan kurikulum pengajian sains sukan
ini seterusnya telah diasaskan dan
disusun oleh mantan Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Encik
Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud.
Sebagai latarbelakang, Encik Megat Ahmad
Kamaluddin berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sukan) dan Sarjana Sains (Pengurusan Sukan) Bari
Universiti St. Thomas, Miami, Florida. Beliau adalah antara anak Malaysia pertama
yang mempunyai kelayakan akademik Pengurusan Sukan dalam peringkat
ijazah dasar dan sarjana. Ini penting kerana sebelum ini persediaan akademik
sukan sering dilaksanakan sebagai sebahagian program Pendidikan Jasmani
memandangkan kelayakan penggubal program
adalah dalam Pendidikan Jasmani. Seterusnya, kajian kemungkinan
pra-program yang telah disusun beliau telah memberi keunikan program di
Universiti Malaya kerana ianya mengambil kira keperluan dan perkembangan
pasaran di dalam industri sukan tempatan dan seterusnya menjadi model
asas.
Sejurus selepas itu beberapa institusi pendidikan tinggi awam dan swasta lain
mula menuruti jejak langkah
Universiti Malaya, seperti lnstitut
Teknologi MARA (kini UiTM),
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains
Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan banyak lagi. Perlu juga disebut di sini bahawa hanya UM, UMS dan UiTM sahaja yang menawarkan
program akademik untuk pengurusan
sukan sementara UiTM lebih berfokuskan
rekreasi. Program akademik sukan UTM adalah berteraskan pendidikan. Begitu juga
program akademik sukan UPM yang lebih menjurus kepada Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.
Pemahaman Tugas, Kemahiran Asas, serta
Peranan Persediaan Akademik dan
Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Sukan
Mengurus sesuatu acara atau organisasi
sukan adalah keterangan tugas utama seorang pengurus sukan. Persoalannya mungkin kini, bagaimana hendak kita lakukannya, dimana dimulakan, bagaimana
pula sekiranya struktur organisasi kita berbeza dengan yang lain? Dengan
mengambil kira keunikan setiap organisasi dan/atau acara, secara umumnya
terdapat empat kelompok tugas dan tanggungjawab yang biasanya dijalankan
oleh pengurus sukan iaitu: 1) Tugas pengurusan umum; 2) Tugas pengurusan
organisasi; 3) Tugas pengurusan informasi; dan 4) Latihan dan sains sukan.
Kelompok tugas pengurusan yang umum adalah
di mana semua pengurus sukan harus sekurang-kurangnya faham dan dapat
melaksanakannya. Tugas seperti mempromosikan dan menawan hati
pengguna/penonton seharusnya menjadi
sesuatu yang lumrah terutama kepada pengurus organisasi atau acara sukan yang
bermotilkan keuntungan ataupun penyertaan awam. Kemahiran sebegini disebut
sebagai kemahiran mudah-alih (transf
erable skills) kerana ianya dapat
digunakan di hampir kesemua suasana kerj
a (work setting).
Seterusnya, tugas-tugas lain adalah
kesinambungan dari kelompok tugas
pengurusan
umum. Kita dapati bahawa kelompok
tugas ini lebih menjurus kepada kepakaran di dalam bidang-bidang yang tertentu dan ianya adalah berbeza dari
satu kelompok ke kelompok yang lain. Sebagai contoh, kepimpinan dan kemahiran
pengurusan dikatakan penting untuk mentadbir tugasan di bawah kelompok
pengurusan organisasi seperti kemahiran untuk mengarah dan menyelia pekerja di dalam suatu program
rekreasi di majlis perbandaran atau di
sebuah kelab atau unit sukan sebuah bank dan sebagainya.
Di bawah kelompok pengurusan informasi
pula, kemahiran berkomunikasi secara bertulis
dan lisan adalah di antara
kemahiran yang sangat diutamakan. Pengamal bidang ini dikehendaki boleh mendapat, mengkaji,
menyuai-padan, menyimpan, mengeluarkan, menyusun dan menyebarkan maklumat
mengenai sukan. Kini, golongan ini dikehendaki
untuk berkebolehan mengendalikan
dan memproses data dengan menggunakan teknologi komputer dan
Internet. Contoh petugas
di dalam kelompok ini ialah
pengarah pemasaran sukan, pengarah maklumat sukan dan wartawan sukan.
Tugas di bawah kelompok latihan dan sains
sukan memerlukan kepakaran yang lebih. khusus di dalam bidang berasaskan sains. Anda akan dapati bahawa peluang
pekerjaan di dalam kelompok ini ialah seperti (walaupun tidak terhad hanya
kepada) pemulihan kardiak, kondisi sukan, program penyediaan dan latihan atlit, program
akuatik, program rekreasi (sama ada di kampus, agensi kerajaan atau bukan
kerajaan, resort, hotel dan sebagainya)
dan juga industri kecergasan fizikal
(seperti kelab kecergasan, gym
dan sebagainya). Pengurus sukan setidak-tidaknya perlu mempunyai pengetahuan
paling minimum dari setiap kelompok tugasan. Sebagai contoh, di samping mempromosikan aktiviti sukan yang dianjurkan organisasinya, beliau juga perlu mengambil kira faktor kecergasan atlitnya, faktor luaran
yang boleh mempengaruhi kelancaran aktivitinya (seperti cuaca dan sebagainya) serta memastikan bahawa beliau
tidak melangkaui batasan belanjawan organisasinya dan aktiviti itu sendiri
dapat membantu organisasi beliau mencapai matlamat organisasi.
Oleh yang demikian, langkah pertama yang harus diambil oleh
seorang bakal
pengurus sukan ialah memilih suatu program
akademik yang dapat memenuhi segala keperluan asas tersebut. Di Malaysia
terdapat beberapa universiti awam dan swasta yang menawarkan program akademik sukan di peringkat sarjana
muds dan sarjana. Paling penting
diperhatikan ialah kandungan kursus program akademik sukan itu perlulah memenuhi kriteria
dan merangkumi kemahiran-kemahiran tugasan yang telah dibincangkan. Bakal
pengurus sukan adalah digalakkan untuk menghubungi universiti- universiti
berkenaan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang program sebelum membuat
sebarang keputusan. Pada kebiasaannya,
program sarjana muda sains pengurusan
sukan akan merangkumi tiga komponen utama: (1) Kursus Pengkhususan (2) Kursus
Pengajian/Pendidikan Umum; dan (3) Latihan Amali dan Industri.
Di Amerika Utara, taraf program akademik
Pengurusan Sukan telahpun ditentu, diselaras dan dipantau melalui suatu dokumen
pemantauan akreditasi. Taraf piawai ini adalah hasil kerjasama dan kajian Persatuan Sukan dan Pendidikan Jasmani Kebangsaan (National Association for Sport and Physical Education - NASPE) dan
Persatuan Pengurusan Sukan Amerika
Utara (North American Society for Sport Management - NASSM) iaitu hasil
resolusi suatu persidangan di peringkat kebangsaan pada tahun 1993.
Menurut dokumen tersebut,
sesuatu program sarjana muda pengurusan sukan harus
menawarkan kandungan kursus yang
mempunyai kaitan secara langsung dengan sukan di dalam sepuluh bidang atau
dimensi iaitu: 1) dimensi tingkah laku (behavioral dimension) seperti sosiologi
sukan, psikologi sukan, falsafah dan sebagainya 2) etika 3) pemasaran 4) komunikasi 5) skil penyeliaan
(organiz ational skills) 6) pengurusan 7) ekonomi 8) perundangan 9) pentadbiran
dan
10) latihan amali (Standards for Curriculum and Voluntary Accreditation of Sport
Management Education Programs, 1993).
Walaupun demikian, program akademik sukan
tidak diperlukan untuk mengkhususkan suatu kursus untuk setiap satu
bidang. Tanya memadai sekiranya sekurang-kurangnya bidang-bidang tersebut
diliputi oleh mana-mana kursus dalam
sesuatu tempoh pengajian tersebut. Perlu diingat bahawa walaupun program
akademik sukan ini dapat melahirkan graduan
sukan yang boleh dan layak menjadi pengurus sukan namun pengalaman pendidikan
(educational experience) yang dialami adalah perkara yang lebih penting dan hares difahami. Adakalanya hasrat untuk
menjadi seorang pengurus sukan itu tidak
kesampaian atas apa jua alasan, namun memandangkan kurikulum yang
dicadang oleh jawatankuasa bertindak
NASPE dan NASSM ini adalah agak luas, ianya membolehkan para graduan menerokai
bidang pengurusan lain yang lebih
umum. Sekiranya para graduan mendapati bahawa tugas sebagai pengurus sukan
tidak sesuai dengan jiwa mereka, maka
mereka kini mempunyai beberapa alternatif.
Di Malaysia, setakat (artikel) ini, masih
belum ada usaha-usaha oleh mana-mana pihak untuk mengenal pasti kandungan asas kursus yang ditawarkan
oleh program akademik sukan, seterusnya
menetapkan tahap atau taraf keperluan minima
yang mencukupi untuk memenuhi kehendak pasaran pengurusan sukan
tempatan. Ketentuan tahap atau taraf ini amat penting demi keseragaman, penyelarasan dan pemantauan
kurikulum pengurusan sukan.
Seperti juga mana-mans bidang disiplin, seperti
perundangan, perubatan, perakaunan dan sebagainya, pengurusan sukan juga
sedang mengalami apa yang dikatakan
proses profesionalisasi (prof essionaliz
ation). Proses ini terbahagi tiga (Parks & Quarterman, 2003): Fasa 1
meliputi pengukuhan asas teori
pengetahuan (kajian, penyelidikan,
program akademik yang diiktiraf dan
sebagainya). Fasa 2 merangkumi sub-budaya yang tersendiri (termasuklah
proses sosialisasi, latihan
pengembangan/pembangunan, kerjaya sepenuh masa, wujudnya persatuan profesional
yang mewakili serta memantau profesion/kerjaya tersebut, wujud kod etika
kerjaya). Fasa 3 merangkumi penerimaan
dan pengiktirafan oleh masyarakat. Fasa ini melibatkan kesedaran
masyarakat mengenai kewujudan
kerjaya pengurusan sukan dan
keperluan terhadapnya, keperluan lesen
atau satu bentuk pengenalan kelayakan
sebelum seseorang itu boleh menjadi seorang pengurus sukan dan seterusnya
mewujudkan pasaran terhadap kerja tersebut.
Pengurusan sukan tempatan boleh dikatakan
masih muda lagi dan dari kategori Fasa ianya masih di sekitar Fasa 1. Walaupun demikian,
kemajuan yang telah kita
capai dalam suasana sukan
di Malaysia pads hari ini memungkinkan kita untuk mencapai taraf
profesional dalam tempoh kurang dan masa
yang diperlukan untuk kemajuan sukan di Amerika. Peluang untuk pengurus sukan
kini sangat banyak. Pitts dan Stotlar (2002) mengenal pasti beberapa jenis
sukan dan aktiviti fizikal bare yang telah muncul sejak kebelakangan ini. Antaranya 'in-line skating', 'boogie boarding', kayak
salji, 'hang-gliding', luncur ais, 'knee-boarding', bola tampar pantai dan
'indoor
soccer' sekadar menyebut beberapa contoh.
Mungkin di masa akan datang akan kita
lihat lebih banyak jimnasium dan spa di bina di rumah-rumah
persendirian seperti
pandangan Clement (1990) di dalam Pitts dan
Stotlar (2002):
Examples of f uture possibilities include in-home gyms and spas,
a prolif eration of personal trainers,
a stronger emphasis on preventive
medicine, preprogrammed computer sof
tware to help people acquire physical skills, using robots as sports trainers, major advancement in communication technology
Kesemua kemungkinan ini merupakan cabaran
kepada Pengurus Sukan Alaf Baru. Ada di antara perkara yang disebut Clement
(1990) telahpun berlaku dan ada yang masih tidak terjangkau dalam fikiran.
Pengurus sukan haruslah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan
terbaru dalam bidang mereka. Parks dan Quarterman (2003) merumuskan bahawa
terdapat tiga cabaran utama yang harus diatasi oleh pengurus sukan.
Cabaran ini bersifat umum memandangkan setiap tugas pengurusan
sukan mempunyai cabaran yang bersifat lebih khusus dan berkaitan secara
langsung dengan tugasan. Cabaran tersebut adalah dari segi teknologi, etika dan
tanggungjawab sosial.
Teknologi
Perkembangan teknologi yang sangat cepat
dan pelbagai sejak kebelakangan ini
memaksa pengurus sukan untuk bertindak tangkas dalam usaha memahami apa yang
sedang berlaku. Ini penting kerana teknologi berperanan mempermudahkan kerja
dan menjimatkan mass serta Wang ringgit. Cabarannya di sini adalah untuk menggunakan
sepenuhnya kemajuan teknologi untuk mencapai kemajuan dalam sukan di samping
mengekalkan kesedaran tentang
pentingnya interaksi manusia di dalam
kehidupan seharian. Apatah lagi, kerana aktiviti sukan itu sendiri terdiri dari
gabungan pelbagai elemen-elemen kemanusiaan.
Et"
Teknologi
yang terlalu canggih akan menimbulkan kesukaran juga. Terutamanya tentang kekeliruan untuk
menggunakannya secara beretika dan dengan tidak menyalahi perundangan. Contohnya
mungkin penghasilan makanan kesihatan berteknologi tinggi yang boleh membantu
atlit menjadi sempuma, ataupun dadah yang tidak akan dikesan. Rintala (1995)
dalam Parks dan Quarterman (2003) pemah bertanya, "Just because we can do
something as a result of science and technology, should we?"
Cabarannya
kini adalah untuk memahami bahawa
nilai-nilai moral dan etika harus diambil kira bersama dengan keputusan
mengenai penggunaan teknologi ini. Di samping teknologi juga terdapat persoalan lain yang perlu dilihat seperti
prinsip keadilan sejagat, kepentingan sukan dibanding pelajaran untuk
seorang pelajar-atlit, rasuah dalam sukan dan sebagainya. Di mana kepentingan
sukan berbanding keperluan masyarakat
yang lebih asas? Pengurus sukan juga hares dapat menjawab soalan ini:
Adakah kemenangan itu segala-galanya?
Tanggungjawab Sosial
Pada mass akan datang, seorang pengurus
akan menjadi lebih peka terhadap suasana sekelilingnya dan akan menjalankan
tugas-tugas yang akan memperlihatkan kepekaan beliau. Contohnya, dan ini
telahpun dilihat berlaku, penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di
jimnasium atau spa untuk kemudahan ibu bapa yang datang menggunakan fasiliti
tersebut. Pengurus sukan jugs hares sensitif dengan keseimbangan ekologi dan
tuntutan masyarakat umum ke atas
mereka. Contohnya seperti stadium
bola tampar mudah-alih
Sydney 2000 yang akan dibuka kembali selepas pertandingan kerana
keengganan masyarakat setempat
membiarkan pantai Bondi dicemarkan dengan pembinaan sebuah stadium.
Penutup
Pengurusan sukan tempatan harus peka
terhadap perubahan aliran pengurusan industri sukan semasa kerana sejarah telah
sering kali membuktikan bahawa perubahan aliran sukan amat mudah diterima oleh
pengguna sukan tempatan. Cabarannya
kini ialah, walaupun industri
sukan negara merupakan suatu sektor
ekonomi yang besar tetapi kita masih memerlukan
lebih ramai para ahli akademik
dan juga profesional dalam
pengkhususan pengurusan sukan. Bidang pendidikan jasmani yang telah
lama bertapak hanya merupakan sate komponen dalam sektor pendidikan sahaja.
Justeru, industri sukan negara memerlukan perancangan yang tepat lagi berkesan dalam memajukan disiplin pengurusan sukan selari dengan halatuju, misi dan visi
negara. Industri sukan merupakan industri yang unik dan memerlukan pembuatan
keputusan yang berbeza menurut persekitaran industri itu yang tersendiri. Ini
hanya akan tercapai sekiranya pemimpin sukan
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang tersebut. Secara perbandingannya,
adalah mustahil misalnya seseorang berkelulusan dan berkemahiran
kejuruteraan awam bertindak sebagai pakar
bedah di hospital ataupun
sekiranya Dekan/Pengarah sebuah fakulti pengajian sukan gagal mendefinisikan
istilah sukan!
Negara sedang menuju ke arah
profesionalisme di dalam pengurusan sukan.
Jelas
di sini bahawa pengurusan sukan
profesional memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk kelayakan ikhtisas, di samping
pengalaman sukan secara khusus. Langkah
kerajaan menggalakkan persediaan akademik berkaitan sukan adalah suatu usaha
penting demi pembangunan industri sukan negera. Pada masa yang sama industri
sukan yang tetap berkembang maju terus
memerlukan pengurus sukan yang sedia ada untuk
menilai semula dan memperbaharui aktiviti dan program serta membuka
minda untuk menerima perubahan dan anjakan paradigma yang
lebih drastik dari dahulu demi memastikan pengurusan sukan moden di Malaysia
lebih telus dan seimbang. Para pemimpin sukan dan para cendekiawan sukan negara
hendaklah berusaha memahami dan menghayati keperluan industri ini. Sebagai
asasnya, mereka mestilah berkemahiran (terutama dari segi akademik) dalain
memuaskan kehendak industri sukan negara mengatasi kepentingan peribadi. Adalah
sangat malang sekiranya dasar-dasar sukan
berubah-ubah dengan mudah
mengikut perubahan kepimpinan tanpa justifikasi keperluannya.