Sunday, January 27, 2013

Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani


SEJARAH PJ:
- ZAMAN PURBA
- ZAMAN RENAISANCEE
- ZAMAN MODEN
- PJ DI MALAYSIA


1.1 PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN PURBA

Zaman purba - hidup nomad, berpindah randah, aktiviti memburu, pergerakan yang banyak, perlukan kecergasan. 
Zaman neolitikberlakunya revolusi pertanian yang membawa kepada perubahan gaya hidup primitif. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian, manusia tidak perlu berpindah randah, manusia mula mengamalkan gaya hidup sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.
Ketika ini di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.
Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai dapat membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta merapatkan manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan ketenteraan. Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti berkuda, memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan.
Di Greece pula masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal, kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua kota ini mempunyai objektif tersendiri. Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat. Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif


1.2 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN RENAISANCE

Masyarakat zaman ini masing-masing mempunyai fahaman yang berbeza-beza terhadap Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan golongan yang amat mempengaruhi pandangan tentang Pendidikan Jasmani pada masa itu. Golongan Humanistik mendapati terdapat nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani. Aktiviti fizikal yang diberi tumpuan ialah seperti memanah, berenang, berlari dan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bola.
Golongan Moralis berpendapat penglibatan dalam aktiviti merupakan sebahagian daripada menjalankan kerja sahaja manakala masyarakat katolik di Eropah berpendapat aktiviti fizikal sebagai saluran untuk menyatukan roh.
Golongan Realisma, masyarakat ini banyak menyokong dan berpandangan positif terhadap Pendidikan Jasmani. Mereka menyeru otak yang cerdas dilahirkan dalam badan yang cergas dan sihat.


1.3 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN


Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.Bertitik tolak dari situlah wujudnya pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani. Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti:
Antropometrik – kajian tentang bentuk dan susuk badan
Fisiologi – kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak
Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Pendidikan Jasmani di Malaysia dapat dibahagi kepada empat peringkat iaitu:
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British
3. Pendidikan Jasmani sebelum Merdeka
4. Pendidikan Jasmani selepas Merdeka

1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British

Sebelum kedatangan British tidak terdapat sistem pendidikan yang teratur. Kelas-kelas dijalankan secara tidak formal dan tidak terdapat objektif yang jelas dalam penyampaian. Pendidikan pada masa ini lebih tertumpu kepada sistem pengajian pondok dan sebagainya. Pendidikan jasmani lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk survival seperti belajar seni bela diri, bercucuk tanam dan pertukangan.

2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British

Sejak kedatangan penjajah British banyak perubahan telah dibawa masuk terutamanya oleh mubaligh-mubaligh kristian. Perubahan-perubahan yang dibawa masuk banyak tertumpu di negeri-negeri selat. Banyak
sekolah di buka dan diurus oleh golongan mubaligh dan syarikat-syarikat British. Mereka telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang terdapat banyak pengaruh barat dalam sistem tersebut.
Ketika itu Pendidikan Jasmani di ajar sebagai mata pelajaran sampingan dan digelar sebagai latihan jasmani di sekolah-sekolah melayu. Mata pelajaran ini diajar dari darjah satu hingga darjah empat dan kurikulum latihan jasmani ini adalah terhad. Ini adalah disebabkan kerajaan British kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini.

3. Pendidikan Jasmani Sebelum Merdeka

Pendidikan Jasmani pada era ini telah mula menekankan aspek kepentingan latihan fizikal lalu dilaksanakan usaha menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Sukatan yang digubal dipengaruhi oleh sukatan daripada sekolah-sekolah di England. Hasilnya pada tahun 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal sukatan Pendidikan Jasmani. Lanjutan daripada usaha ini, guru-guru tempatan telah dihantar mendalami ilmu perguruan di luar negara iaitu di Kirby dan Brinsford untuk diberi pendedahan bagi bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

4. Pendidikan jasmani Selepas Merdeka

Pada tahun 1950-an, Maktab Perguruan Sultan Idris telah diberi kepercayaan untuk membuat semakan dan penyesuaian semula terhadap sukatan mata pelajaran Pendidikan jasmani. Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas telah memperkenalkan kursus tambahan setahun dalam bidang Pendidikan Jasmani. Tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani mula dibuat semakan semula dan hasilnya sukatan ini dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah menggabungkan Pendidikan Jasmani dengan Pendidikan Kesihatan bermula pada tahun 1992 dan dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

Sunday, January 20, 2013

Jurnal tentang pembangunan akademik sukan: Pemangkin Industri Sukan di Malaysia

Sports management as an area of academic preparation is a relatively recent  phenomenon in Malay sia. The f irst sports  science degree program  was introduced by the University of Malaya only in July,1995. Since then many  public and private  local universities began offering sports science degree programs at various levels. This article discusses the need,  role  and importance of sports science as an academic endeav or at public and  priv ate institutions of higher learning  in Malaysia.  The general overview  of the sport industry  is presented. W hile a range of programs is offered,  attention  must be giv en to the relev ance  of such  programs to local  needs. S ports development is high on the national development agenda based on the recent increase  in allocation  f or sports in the Ninth Malaysia Plan. L ocal universities  must now reassess and restructure  sports science academic programs so that the educational process stays relevant to the changing needs of local sport development.

Sejak kebelakangan  ini perkembangan  industri sukan negara telah menjadi semakin pesat dan lebih menyeluruh. Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan.  Kesan  daripada Sukan  Komanwel yang dianjurkan pads 1998 telah memberi petanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan di peringkat  antarabangsa (Megat Daud, 2000). Kejohanan  pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun di adakan dan sedang dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan  demi memenuhi hasrat negara  untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau `hub' sukan di rantau ini. Kejohanan seperti temasya Sukan SEA, Hoki Piala Dunia (2002), Sukan FESPIC (2006), kejohanan tahunan Malaysian Grand Prix Formula  1 dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa  Malaysia mampu dan sedang menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, Malaysia juga menghadapi saingan dalam usaha untuk menjadi `hub' sukan di rantau ini apabila, baru-baru ini, negara jiran Singapura telah mula jugs berkempen untuk memasarkan negara  itu sebagai  `hub' industri  sukan antarabangsa  dengan menawarkan  pakej perkhidmatan  sukan yang menarik kepada syarikat multinasional sukan.


103


1
Masalah Pendidikan, 31(1)
Secara amnya, objektif artikel ini adalah untuk membincangkan tiga persoalan yang dapat ditimbulkan berdasarkan fenomena ini, iaitu:
1. Sejauh manakah keperluan dan kepentingan industri sukan di Malaysia?
2.  Sejauh manakah pula keupayaan negara dalam industri tersebut?
3.  Apakah persediaan negara dalam menghadapi proses ubah ansur ini dari segi persediaan akadenuk sukan?

Definisi Industri Sukan

Sebelum  perbincangan dilanjutkan mengenai  keperluan  modal insan dalam bidang sukan di Malaysia,  ada baiknya ditinjau status sukan sebagai satu prospek  industri tempatan. Di Amerika  Syarikat  nilai industri  sukan telah meningkat naik daripada tangga ke 22 pada tahun 1987 ke tangga ke 11 dalam tahun 1995 (dalam jangkamasa kurang 10 tahun)  dengan jumlah pendapatan bemilai USD152 bilion  mengatasi industri automotif  dan petroleum  (Meek, 1997). Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Perlumbaan Formula One Malaysia pada  tahun  2000 misalnya telah  menghasilkan impak pengganda industri sukan bernilai hampir RM 1 bilion (Star 23 Mac 2000).
Walaupun secara  khususnya tiada terdapat statistik dan kajian  yang dibuat
dalam  menentukan nilai sebenar industri sukan  negara ini secara  ilmiah namun keluasan pengaruh sektor ini boleti dilihat secara makro sebagai perbandingan dengan negara maju khususnya  Amerika  Syarikat  yang merupakan pelopor industri sukan dunia (Megat Daud, 2000). Kajian dan usaha untuk menentukan nilai sebenar industri sukan di Amerika sentiasa dibuat dan ini amat memudahkan dan dapat kita jadikan model  atau garis  panduan untuk  digunakan di dalam  pengukuran industri sukan tempatan.
Secara  dasarnya, industri  adalab satu kumpulan organisasi yang pelbagai  di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang saling bergantung antara sate sama lain yang mana matlamat akhirnya adalah keuntungan. Sementara menurut satu definisi (Ming Li, Hofacre, & Mahony, 2001) industri sukan adalah terdiri daripada organisasi-organisasi  yang mempunyai fungsi dan fokus utamanya kepada sukan atau perkhidmatan kepada organisasi  sukan. Manakala  Brooks (1994) pula mengatakan bahawa Industri Sukan terdiri daripada "sekumpulan perusahaan yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan  sukan berdasarkan  pengkhususan  kerja dan melibatkan kepakaran individu  yang semakin  berkembang untuk menghasilkan barangan  dan perkhidmatan sukan yang berkesan."
Mengikut Mullin (1980) industri sukan menawarkan permainan `packaged' atau
acara kepada penonton  atau pengguna  yang lain. Ia juga menawarkan kemudahan, peralatan dan acara  kepada pemain. Industri sukan juga  menawarkan bantuan perkhidmatan am, kawalan dan publisiti kepada organisasi yang lain.
Ringkasnya definisi Industri Sukan ini amat luas ruang lingkupnya di samping
sangat dinamik dan sentiasa berkembang merangkumi keseluruhan organisasi pengeluar, pembekal barangan dan perkhidmatan sukan untuk konsumer sukan secara langsung mahupun tidak  Organisasi-organisasi tersebut berurusan atas  dasar pengkhususan kerja dan kepakaran masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari definisi yang pelbagai di atas, terdapat satu perkara pokok yang jelas; kerjaya dalam sukan ini mula dilihat sebagai satu pekerjaan atau kerjaya yang serius dan sepenuh masa di mana perancangan yang teliti harus dibuat demi kelancaran acara atau aktiviti sukan.  Kita mula sedar  juga betapa  acara  sukan  tidak  dapat  berdiri dengan  sendiri malah sangat bergantung kepada  sektor-sektor industri  yang lain. Sebagai contoh kite lihat proses penganjuran Sukan Komanwel ke 16, "Kuala Lumpur
98". Perancangan yang  mantap telah  dibuat  seawal 10 tahun  sebelumnya oleh
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menawarkan Malaysia sebagai tuan rumah melalui proses bidaan (bidding). Kemudian perancangan prasarana Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil dan beberapa lagi fasiliti sukan di sekitar Lembah Kelang dan seluruh Malaysia pula dibuat  setelah Kabinet meluluskan peruntukan yang berkaitan.
Tanpa sokongan dan penglibatan  dari sektor industri konvensional yang lain maka sudah tentu projek besar ini tidak akan berjaya. Sekali imbas boleh dikatakan kesemua sektor industri konvensional ada kaitan rapat dengan industri sukan. Malah setengah  para akademik pengurusan sukan berpendapat dan mengatakan bahawa industri  sukan ini adalah  gabungan berbagai bidang  (multi-disciplined area) yang lebih luas dan kemudian diguna pakai  (applied)  kepada sukan. Walaupun terdapat banyak persamaan antara industri sukan dan industri pemiagaan konvensional namun ada beberapa perkara yang membezakan industri sukan ini dari industri konvensional antaranya (walaupun tidak hanya terhad kepada):

1.  Produk industri sukan mempunyai  jangkahayat  pendek  (short shelf -lif e) dan diguna pads masa itu jugs (on site), misalnya perlawanan bolasepak. Produk industri biasa boleh digunakan pada bila-bila masa misalannya kereta.

2.   Kegunaan produk industri sukan yang sangat terhad, contohnya stadium yang hanya boleh menampung sebilangan penonton sahaja dan padang bolasepak di dalarn  stadium tersebut yang boleh  menampung jumlah  yang lebih kecil manakala  produk industri konvensional mempunyai  had gunaan yang tidak begitu terbatas.

3.  Adakalanya sukar mengawal  kualiti dan konsistensi produk industri sukan misalnya kecergasan atlit dan mood atau perasaan penonton. Produk industri konvensional lebih mudah dikawal dari segi ini.

4.   Produk industri sukan yang sangat bergantung  kepada elemen kemanusiaan (human element) seperti perasaan yang dikongsi bersama oleh semua peminat bolasepak negeri Perak apabila pasukan kesayangan mereka berjaya mara ke perlawanan akhir  dan seterusnya menjuarai Liga  Perdana 2000  hingga menyebabkan kesemua 25000  tiket ke perlawanan akhir itu habis dijual. Produk  industri  biasa biarpun  mempunyai elemen  kemanusiaan itu seperti kereta yang menimbulkan rasa bangga kepada pemiliknya namun pemasar kereta tersebut tidaklah begitu bergantung kepada sentimen yang sama untuk memastikan penjualan keretanya laris.

5.  Industri konvensional sangat bermotifkan komersial dan keuntungan manakala industri sukan biarpun keuntungan juga adalah satu matlamat namun kerap kali matlamat sebenar sesuatu acara sukan dijalankan adalah lebih bersifat bukan keuntungan. Misalnya penganjuran Sukan Paralimpiad Rantau Pasifik (FESPIC) 2006 yang sangat  tinggi  dari segi kos, namun  is masih  penting kerana dapat membuka ruang keterlibatan lebih ramai atlit kurang upaya.


Bagi industri sukan, oleh kerana elemen dalaman seperti natijah sesuatu acara itu bampir  mustahil untuk ditaksirkan maka elemen  luaran  sangat  diambil berat, misalnya cuaca dan bagaimana caranya untuk mengadakan sesuatu acara walaupun  terdapat gangguan  semulajadi  seperti itu. Ini adalah kerana faktor luaran seperti cuaca itu sangat mempengaruhi kualiti produk sukan yang bakal disajikan kepada  pengguna hingga  boleh  menurunkan tahap  keseronokan penonton. Faktor dan  elemen luaran walaupun penting tetapi tidaklah mempunyai pengaruh yang besar kepada industri konvensional.

Nilai dan Segmentasi Industri Sukan Tempatan

Industri sukan juga adalah merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian (segmentation) yang banyak. Terdapat pelbagai sektor sukan profesional (seperti Liga Perdana), sukan  peringkat universiti (seperti Majlis  Sukan  Universiti Malaysia, MASUM) sukan sekolah (seperti Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,  MSSM) sukan antara kelab, sukan amatur, sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan. Kalau dilihat dari aspek penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan, ianya dapat dikesan ketika konsep Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan  Menteri Belia dan Sukan  Datuk Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an (Sabirin,
1999). Konsep Rakan Sukan ini menggabungkan  persefahaman  dan kerjasama intim
antara pihak kerajaan, sektor swasta (sebagai tanggungjawab sosial dan menjadi nilai tambah komersil), persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
Mengikut perangkaan Rancangan Malaysia Kelima, jumlah peruntukan
pembangunan sosial bagi program  sukan dalam tempoh  1986 hingga 1995 adalah bernilai  RM97 juta walaupun yang dibelanjakan adalah RM49 juta. Seterusnya di dalam Rancangan Malaysia Keenam, peruntukan untuk  program sukan dilihat meningkat kepada RM179 juta.  Rancangan Malaysia Kesembilan yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada akhir tahun 2006 telah mengukuhkan lagi sokongan  kerajaan  yang serius terhadap pembangunan sukan tempatan dengan peruntukan sebanyak dua  kali  ganda peruntukan sukan  Rancangan Malaysia Kelapan. lni jelas  menunjukkan betapa kerajaan sendiri amat menitikberatkan pembangunan sukan dan yakin dengan potensi bidang ini untuk berkembang seterusnya  menjana  keuntungan ekonomi  dan modal insan kepada negara.
Di negara  kita, nilai impak pengganda sukan adalah  infiniti.  Hampir  semua sektor  ekonomi lain ada bersangkut paut dengan  industri  ini seperti  pelancongan sukan, pendidikan sukan, perlombongan dan perhutanan taman tema dan rekreasi sukan, pembuatan dan pengilangan sukan, media sukan, hotel dan katering sukan dan lain-lain lagi. Meek (1997) telah mengukur saiz industri sukan serta aktiviti sokongan di Amerika Syarikat.  Meek telah mencadangkan supaya industri sukan dipecahkan kepada tiga sektor utama iaitu: a) Hiburan Sukan dan Rekreasi — acara, pasukan dan peserta individu; b) Produk, Rekaan dan Pekhidmatan Sukan — rekaan alatan terkini, pengeluaran dan pengagihan produk  sukan  dan sebagainya; c) Organisasi Sukan Sokongan — seperti  liga, syarikat pemasaran, syarikat guaman dan sebagainya (Meek, 1997).

Di Malaysia, tiada sebarang kajian serupa pemah dijalankan untuk menilai sektor industri sukan. Oleh yang demikian, dengan menggunakan Teori Meek (1997), sektor sukan sebagai hiburan adalah satu sektor yang paling tampak di Malaysia. Acara sukan dipelbagai peringkat terus diadakan memandangkan wujudnya pelbagai prasarana bertaraf antarabangsa. Sistem perhubungan yang canggih dan kewujudan Koridor Raya Multimedia juga turut membantu menjadikan Malaysia pilihan lokasi penganjuran sukan antarabangsa. Sektor pelancongan sukan adalah suatu sektor yang semakin berpotensi menjana pendapatan. Tahun 1988 yang telah diisytiharkan sebagai Tahun Sukan dan Rekreasi oleh Kementerian Belia dan Sukan menjadi bukti kukuh bahawa sektor ini semakin mendapat pengiktirafan dari kerajaan atas kepentingan dan sumbangan terhadap ekonomi negara. Permintaan terhadap media sukan juga semakin ketara, tambahan pula dengan konsep `global v illage' dan kemudahan melayari Internet melalui jalur lebar telah menyebabkan pengguna menjadi lebih peka terhadap status sukan antarabangsa terkini dan memudahkan pengguna Malaysia mengikuti perkembangan tersebut.
Aliran perkembangan konsep taman tema di Malaysia juga amat menggalakkan sejak lima hingga enam tahun kebelakangan ini. Di sekitar Lembah Kelang sahaja, taman-taman terra tumbuh dengan banyak dan pesat bagaikan cendawan selepas hujan. Faktor ini adalah disebabkan keadaan ekonomi negara yang stabil dan meyumbang kepada kuasa membeli pengguna serta keinginan peugguna untuk menyalurkan tekanan kerja seharian dengan berehat bersama keluarga. Kalau sepuluh tahun dahulu, taman terra terdekat mungkin hanya didapati di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand, kini taman tema Malaysia adalah antara tarikan utama kedatangan pelancong dari luar negara.
Sektor pembuatan dan pengagihan produk sukan juga wujud di Malaysia. Negara kita memiliki jenama barangan sukan yang setanding dengan jenama barangan sukan antarabangsa. Malah, tenaga kerja berkualiti juga menjadi faktor utama pemilik
jenama antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai pelabuhan `entreport' dan syarikat pengeluar dan pengilang barangan mereka terutamanya barangan ringan seperti pakaian, kasut dan sebagainya.
Sektor yang ketiga yang tidak kurang pentingnya ialah organisasi sukan sokongan. Sektor ini dipecahkan kepada tiga sektor lagi iaitu Sukan Amatur, Sukan Profesional serta Persatuan dan Kelab Rekreasi. Dengan adanya usaha dari pihak kerajaan  untuk mengemaskini daftar persatuan sukan di Malaysia  melalui penggubalan Akta Pembangunan Sukan 1997 adalah diharapkan pengurusan serta pentadbiran sukan negara akan lebih profesional dan mantap.
Secara keseluruhannya, kita dapat perhatikan bahawa impak ekonomi dan pengganda sukan amat besar. Impak Ekonomi termasuklah segala aktiviti ekonomi secara langsung dan tidak langsung dan terhasil dari wang baru yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem ekonomi sementara Impak Pengganda adalah gandaan berapa kali wang yang sama telah dibelanjakan. Contohnya, apabila sesuatu acara sukan tempatan membawa masuk wang dari pelancong, wang tersebut digunakan untuk membayar peketja perkhidmatan tempatan. Pekerja itu kemudiannya menggunakan wang itu semula di dalam sistem ekonomi tempatan apabila membeli barangan keperluan harian, membayar bil dan sebagainya. Impak ekonomi dan acara sukan ialah wang barn yang masuk hasil perbelanjaan pelancong asing. Impak pengganda ialah apabila wang itu digunakan kembali dan membantu menyuburkan pemiagaan tempatan yang lain.


Persediaan Akademik Sukan di Malaysia

Jelas kini bahawa negara kita  telah membuat pelaburan yang besar dalam membangunkan sukan di Malaysia.  Secara dasarnya,  sukan adalah sebahagian  dari agenda modenisasi negara. Ini dibuktikan melalui penggubalan  Dasar Sukan Negara (National Sports Policy, 1989). Dasar Sukan Negara menggariskan bahawa pembangunan sukan negara adalah sebagai sebahagian usaha regenerasi  sosial dan ianya mestilah seiring di antara pembangunan sukan elit dan sukan massa.
Apabila sukan mula dijadikan sebagai perniagaan maka perancangan  yang teliti perlu diadakan untuk mengurus sukan tersebut dan di sinilah akan kita perhatikan apa yang dikatakan  kepentingan  persediaan  akademik  sebagai seorang pengurus sukan. Dari perspektif Chelladurai (1986), pengurusan merangkumi empat fungsi pentadbiran  yang seharusnya  dimiliki oleh seseorang  pengurus yang berkesan  iaitu Planning (Perancangan), Organiz ing (Pengendalian),  L eading  (Pentadbiran melalui Kepimpinan) dan Evaluating (Penilaian) yang disebut juga sebagai prinsip POLE. Sementara Daft (2003) menerangkan dengan lebih lanjut bahawa pengurusan adalah:

a set of activities, including planning and decision making, organiz ing, leading and controlling, directed at an organiz ation's human, f inancial, phy sical and  inf orm ation resources, w ith  the  aim  of  achiev ing organizational goals in an efficient and effective manner.

Secara ringkas, seorang pengurus sukan mempunyai tanggungjawab yang sukar, selain dan tidak terhad hanya kepada berasaskan prinsip POLE, beliau juga harus peka terhadap  keunikan  sukan itu sendiri agar dapat beliau aplikasikan prinsip tersebut kepada suasana sukan yang lebih khusus. DeSensi et al. (1988) seterusnya mendefinisikan Pengurusan Sukan sebagai:

any combination of skills related  to planning, organiz ing, directing, controlling, budgeting, leading and evaluating within the context of an organiz ation or department whose primary product or service is related to sport and/or physical activity.

Dari  definisi ini, kita  dapat rumuskan bahawa pengurusan sukan adalah pemakaian  dan penyesuaian  konsep pengurusan  konvensional kepada suasana unik dan khusus sukan. Dengan cara  ini, pengurusan sukan yang  sebelumnya biasa dilakukan secara  ad hoc kini mula  ditadbir secara  lebih  teratur, sistematik dan berkesan. Pengurusan sukan menurut Parks dan Quarterman (2003) wujud dalam dua bentuk. Pertama  ialah dalam bentuk kerjaya profesional di mana terdapat  pelbagai pilihan kerjaya  yang berkaitan  dengan  pengurusan dalam pasaran  kini. Keduanya ialah bidang akademik sebagai  persediaan untuk kerjaya  profesional iaitu sebagai suatu kursus pengkhususan (major) di institusi pengajian tinggi.
Bidang  pengurusan sukan telah bermula  di Amerika  Utara dalam kedua-dua
bentuk yang dinyatakan di atas sekitar lima puluh tahun lalu. Sementara di Malaysia, kerjaya dan disiplin akademik ini Baru  bermula kira-kira sedekad yang lalu. Di Amerika mahupun di Malaysia, kedua-dua bentuk ini saling berkaitan di mana bidang persediaan akademik diberi tumpuan  memandangkan keperluan di dalam pasaran kerja terhadap pengurus sukan yang berkesan semakin meningkat naik. Suatu contoh yang nyata mengenai tumpuan  yang diberikan kepada  persediaan akademik ini di Malaysia ialah peruntukan  perundangan di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 yang berkuatkuasa pads Januari 1998 di mama disebut secara khusus di dalam Seksyen
7 Bahagian II bahawa:

Menteri boleh, ke arah  membangunkan sukan, mengambil segala tindakan yang perlu untuk menggalakkan  pembangunan sains sukan di institusi pendidikan tinggi  di Malaysia dan bagi maksud ini boleh memberikan segala bantuan yang difikirkannya perlu.

Sesuai dengan peruntukan itu, maka kits dapati beberapa  institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mula menawarkan program akademik berasaskan pengajian  sains sukan dengan Universiti  Malaya pads tahun 1995 sebagai pelopor bidang in yang akan diterangkan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya.

Sejarah Perkembangan Disiplin Pengurusan Sukan

Perkembangan bidang pengurusan sukan tempatan banyak dipengaruhi oleh perkembangan bidang ini di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,  United Kingdom dan  negara-negara Eropah dan  Asia  lain.  Ini tidak  menghairankan memandangkan Malaysia juga banyak mengalami proses asimilasi sukan asing dan kesediaan untuk  menganggap serta  menerima sukan  itu sebagai milik  sendiri. Contohnya seperti sukan bolasepak yang dibawa masuk ke Malaysia oleh golongan tentera British di era pra-Kemerdekaan. Boleh dikatakan  semua sukan di Malaysia mempunyai pengaruh  dan luar kecuali mungkin  sepaktakraw yang asalnya adalah disebut sepak raga dapat dikesan tertulis di dalam buku Sejarah Melayu karangan Tun
Sri Lanang (Khoo, 1985).
Di Amerika Syarikat, inspirasi untuk suatu kurikulum khusus tentang Pengurusan Sukan dapat dikesan seawal 1957, apabila Walter O'Malley, pemilik pasukan besbot Los Angeles Dodgers waktu itu menulis kepada James Mason, seorang pendidik di Universiti Ohio bertanyakan soalan di bawah:

W here would one go to f ind a person who by virtue of education had been trained to administer a marina, race track, ski resort, auditorium, stadium,  theatre,  convention or exhibition hall, a public  complex, or a person  to f ill an executive position at a team or league level. (Parks & Quarterman, 2003)

Tidak lama selepas itu, Universiti Ohio telah memulakan program pengurusan sukan di peringkat Sarjana pads  tahun  1966.  Program akademik itu adalah program Pengurusan Sukan gunaan yang pertama  sekali di Amerika  Syarikat  dan sehingga awal tahun 1990 terdapat lebih 200 orang pelajar siswazah dan pasca-siswazah dalam bidang pengurusan sukan di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Amerika dianggap sebagai perintis di dalam bidang sukan sebagai pemiagaan dan hiburan dalam industri sukan  secara  globalnya. Kebanyakan negara di dunia  ini sering  menggunakan Amerika sebagai  model  untuk  keunggulan sukan  dan Malaysia tidak terkecuali. Walaupun demikian, tidak  semua  contoh  harus  diambil dan Amerika, dan para pengurus sukan di Malaysia hares peka dengan situasi tempatan  yang lebih berciri Asia dan tentunya terdapat percanggahan  antara kedua budaya ini yang perlu dibeza dan dihoimati.

Hampir tiga puluh tahun kemudiannya, di Malaysia,  Universiti  Malaya telah memulakan program akademik di Pusat Sukan  dengan  penawaran ijazah Sarjana Muda Sains Sukan melalui  program  akademik empat tahun (kini tiga) dengan  tiga jurusan pengkhususan (major) iaitu:

1. Pengurusan Sukan
2.  Psikologi Sukan dan Kejurulatihan
3.  Fisiologi Sukan dan Terapi Atlit

Program yang bermula pada tahun 1995 ini juga adalah merupakan  yang pertama di Malaysia khususnya dan di rantau Asia Tenggara umumnya. Program dan kurikulum Sains Sukan di Universiti Malaya ini telah direka khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pasaran tempatan setelah kajian terperinci dilaksanakan. Sebagai garis panduan, kurikulum pengajian sukan (sports studies) dan sains sukan (sports science) adalah disesuaikan dari basil kajian perbandingan  yang dibuat di universiti-universiti yang menawarkan kursus  yang sama di Amerika Utara  dan Eropah. Program ini tercetus idea dari Naib Canselor Universiti Malaya pads ketika itu, Allahyarham Tan Sri Dato' Dr. Abdullah Sanusi Ahmad yang menyedari kepentingan pengurusan sukan secara profesional. Tugas berat itu kemudiannya diserahkan kepada Pusat Sukan yang diketuai oleh mantan Pengarah Profesor Dato' Dr. Khoo Kay Kim, seorang peminat sukan dan pakar sejarah sukan yang sering menyumbangkan penulisan dan kritikan mengenai sukan di dalam akhbar, majalah dan makalah sukan tempatan.
Program dan kurikulum pengajian sains sukan ini seterusnya telah diasaskan dan
disusun oleh  mantan Timbalan Pengarah Pusat Sukan, Encik Megat Ahmad Kamaluddin  Megat Daud. Sebagai latarbelakang,  Encik Megat Ahmad Kamaluddin berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Pentadbiran Sukan) dan  Sarjana Sains (Pengurusan Sukan) Bari Universiti St. Thomas, Miami, Florida. Beliau adalah antara anak Malaysia  pertama  yang mempunyai kelayakan akademik Pengurusan Sukan dalam peringkat ijazah dasar dan sarjana. Ini penting kerana sebelum ini persediaan akademik sukan sering dilaksanakan sebagai sebahagian program Pendidikan Jasmani memandangkan kelayakan  penggubal  program  adalah dalam Pendidikan Jasmani. Seterusnya, kajian kemungkinan pra-program yang telah disusun beliau telah memberi keunikan program di Universiti Malaya kerana ianya mengambil kira keperluan dan perkembangan pasaran  di dalam industri  sukan tempatan dan seterusnya menjadi model asas.
Sejurus selepas itu beberapa  institusi pendidikan tinggi awam dan swasta lain
mula menuruti  jejak langkah  Universiti Malaya,  seperti  lnstitut  Teknologi MARA (kini  UiTM), Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan banyak lagi. Perlu juga disebut  di sini bahawa  hanya UM, UMS dan UiTM sahaja yang menawarkan program akademik untuk  pengurusan sukan  sementara UiTM lebih berfokuskan rekreasi. Program akademik sukan UTM adalah berteraskan pendidikan. Begitu juga program akademik sukan UPM yang lebih menjurus kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Pemahaman Tugas, Kemahiran Asas, serta Peranan Persediaan Akademik dan
Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Sukan

Mengurus sesuatu acara atau organisasi sukan adalah keterangan tugas utama seorang pengurus  sukan. Persoalannya mungkin  kini, bagaimana hendak  kita lakukannya, dimana dimulakan, bagaimana pula sekiranya struktur organisasi kita berbeza dengan yang lain? Dengan mengambil kira keunikan setiap organisasi dan/atau acara, secara umumnya terdapat empat kelompok tugas dan tanggungjawab yang biasanya dijalankan oleh  pengurus sukan iaitu:  1) Tugas pengurusan umum; 2) Tugas pengurusan organisasi; 3) Tugas pengurusan informasi; dan 4) Latihan dan sains sukan.
Kelompok tugas pengurusan yang umum adalah di mana semua pengurus sukan harus sekurang-kurangnya faham dan dapat melaksanakannya. Tugas seperti mempromosikan dan menawan hati pengguna/penonton  seharusnya menjadi sesuatu yang lumrah terutama kepada pengurus organisasi atau acara sukan yang bermotilkan keuntungan ataupun penyertaan awam. Kemahiran sebegini disebut sebagai kemahiran mudah-alih  (transf erable skills)  kerana ianya dapat digunakan  di hampir kesemua suasana kerj a (work setting).
Seterusnya, tugas-tugas lain adalah kesinambungan dari kelompok tugas
pengurusan  umum. Kita dapati bahawa kelompok  tugas ini lebih menjurus kepada kepakaran di dalam bidang-bidang  yang tertentu dan ianya adalah berbeza dari satu kelompok ke kelompok yang lain. Sebagai contoh, kepimpinan dan kemahiran pengurusan dikatakan penting untuk mentadbir tugasan di bawah kelompok pengurusan  organisasi  seperti kemahiran  untuk mengarah  dan menyelia pekerja di dalam suatu program rekreasi di majlis perbandaran  atau di sebuah kelab atau unit sukan sebuah bank dan sebagainya.
Di bawah kelompok pengurusan informasi pula, kemahiran berkomunikasi secara bertulis  dan lisan adalah di antara  kemahiran yang sangat diutamakan. Pengamal bidang  ini dikehendaki boleh mendapat, mengkaji, menyuai-padan, menyimpan, mengeluarkan, menyusun dan menyebarkan maklumat mengenai sukan. Kini, golongan ini dikehendaki  untuk berkebolehan  mengendalikan dan memproses  data dengan  menggunakan teknologi komputer dan Internet.  Contoh  petugas  di dalam kelompok ini ialah  pengarah pemasaran sukan, pengarah maklumat sukan  dan wartawan sukan.
Tugas di bawah kelompok latihan dan sains sukan memerlukan kepakaran yang lebih. khusus di dalam bidang berasaskan  sains. Anda akan dapati bahawa peluang pekerjaan di dalam kelompok ini ialah seperti (walaupun tidak terhad hanya kepada) pemulihan  kardiak,  kondisi sukan, program  penyediaan dan latihan atlit, program akuatik, program rekreasi (sama ada di kampus, agensi kerajaan atau bukan kerajaan, resort,  hotel dan sebagainya) dan juga industri kecergasan fizikal  (seperti  kelab kecergasan, gym dan sebagainya). Pengurus sukan setidak-tidaknya perlu mempunyai pengetahuan paling  minimum dari setiap  kelompok tugasan. Sebagai contoh,  di samping mempromosikan  aktiviti sukan yang dianjurkan organisasinya,  beliau juga perlu mengambil kira  faktor kecergasan atlitnya, faktor luaran yang boleh mempengaruhi kelancaran aktivitinya (seperti cuaca dan  sebagainya) serta memastikan bahawa beliau tidak melangkaui batasan belanjawan organisasinya dan aktiviti itu sendiri dapat membantu organisasi beliau mencapai matlamat organisasi.
Oleh yang demikian,  langkah pertama yang harus diambil oleh seorang bakal
pengurus sukan ialah memilih suatu program akademik yang dapat memenuhi segala keperluan asas tersebut. Di Malaysia terdapat beberapa universiti awam dan swasta yang menawarkan  program akademik sukan di peringkat sarjana muds dan sarjana. Paling penting  diperhatikan ialah kandungan kursus program  akademik sukan itu perlulah memenuhi kriteria dan merangkumi kemahiran-kemahiran tugasan yang telah dibincangkan. Bakal pengurus sukan adalah digalakkan untuk menghubungi universiti- universiti berkenaan untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang program sebelum membuat sebarang keputusan. Pada  kebiasaannya, program sarjana muda  sains pengurusan sukan akan merangkumi tiga komponen utama: (1) Kursus Pengkhususan (2) Kursus Pengajian/Pendidikan Umum; dan (3) Latihan Amali dan Industri.
Di Amerika Utara, taraf program akademik Pengurusan Sukan telahpun ditentu, diselaras dan dipantau melalui suatu dokumen pemantauan akreditasi. Taraf piawai ini adalah hasil kerjasama dan  kajian Persatuan Sukan dan  Pendidikan Jasmani Kebangsaan  (National Association  for Sport and Physical Education - NASPE) dan Persatuan Pengurusan Sukan  Amerika Utara  (North  American Society  for Sport Management - NASSM) iaitu hasil resolusi suatu persidangan di peringkat kebangsaan pada tahun 1993. Menurut  dokumen  tersebut,  sesuatu program  sarjana muda  pengurusan sukan  harus  menawarkan kandungan kursus  yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sukan di dalam sepuluh bidang atau dimensi iaitu: 1) dimensi tingkah laku (behavioral dimension) seperti sosiologi sukan, psikologi sukan, falsafah dan sebagainya 2) etika  3) pemasaran 4) komunikasi 5) skil penyeliaan (organiz ational skills) 6) pengurusan 7) ekonomi 8) perundangan 9) pentadbiran dan
10) latihan amali (Standards  for Curriculum and Voluntary  Accreditation of Sport
Management Education Programs, 1993).
Walaupun demikian, program akademik sukan tidak diperlukan untuk mengkhususkan suatu kursus untuk setiap satu bidang.  Tanya memadai  sekiranya sekurang-kurangnya bidang-bidang tersebut diliputi oleh mana-mana  kursus dalam sesuatu tempoh pengajian tersebut. Perlu diingat bahawa walaupun program akademik sukan ini dapat melahirkan graduan  sukan yang boleh dan layak menjadi pengurus sukan namun pengalaman  pendidikan  (educational  experience)  yang dialami adalah perkara  yang lebih penting  dan hares difahami. Adakalanya hasrat untuk menjadi seorang pengurus sukan itu  tidak kesampaian atas apa  jua  alasan, namun memandangkan kurikulum yang dicadang oleh jawatankuasa  bertindak NASPE dan NASSM ini adalah agak luas, ianya membolehkan para graduan  menerokai  bidang pengurusan  lain yang lebih umum. Sekiranya para graduan mendapati bahawa tugas sebagai pengurus sukan tidak sesuai dengan jiwa  mereka, maka mereka kini mempunyai beberapa alternatif.
Di Malaysia, setakat (artikel) ini, masih belum ada usaha-usaha oleh mana-mana pihak untuk mengenal  pasti kandungan asas kursus yang ditawarkan oleh program akademik sukan,  seterusnya menetapkan tahap atau taraf keperluan minima  yang mencukupi untuk memenuhi kehendak pasaran pengurusan sukan tempatan. Ketentuan tahap atau taraf ini amat penting  demi keseragaman, penyelarasan dan pemantauan kurikulum pengurusan sukan.
Seperti juga  mana-mans bidang disiplin, seperti perundangan, perubatan, perakaunan dan sebagainya, pengurusan sukan juga sedang  mengalami apa yang dikatakan proses  profesionalisasi (prof essionaliz ation). Proses ini terbahagi tiga (Parks & Quarterman, 2003): Fasa 1 meliputi  pengukuhan asas teori pengetahuan (kajian,  penyelidikan, program akademik yang diiktiraf  dan sebagainya). Fasa 2 merangkumi sub-budaya yang tersendiri (termasuklah proses  sosialisasi, latihan pengembangan/pembangunan, kerjaya sepenuh masa, wujudnya persatuan profesional yang mewakili serta memantau profesion/kerjaya tersebut, wujud kod etika kerjaya). Fasa  3 merangkumi penerimaan dan  pengiktirafan oleh  masyarakat. Fasa  ini melibatkan  kesedaran  masyarakat  mengenai  kewujudan  kerjaya pengurusan  sukan dan keperluan terhadapnya,  keperluan lesen atau satu bentuk pengenalan  kelayakan sebelum seseorang itu boleh menjadi seorang pengurus sukan dan seterusnya mewujudkan pasaran terhadap kerja tersebut.

Pengurusan sukan tempatan boleh dikatakan masih muda lagi dan dari kategori Fasa ianya masih di sekitar Fasa 1. Walaupun  demikian,  kemajuan  yang telah kita capai  dalam  suasana sukan  di Malaysia pads hari ini memungkinkan kita untuk mencapai taraf profesional  dalam tempoh kurang dan masa yang diperlukan untuk kemajuan sukan di Amerika. Peluang untuk pengurus sukan kini sangat banyak. Pitts dan Stotlar (2002) mengenal pasti beberapa jenis sukan dan aktiviti fizikal bare yang telah muncul sejak kebelakangan  ini. Antaranya  'in-line skating', 'boogie boarding', kayak salji, 'hang-gliding', luncur ais, 'knee-boarding', bola tampar pantai dan 'indoor
soccer' sekadar menyebut beberapa contoh. Mungkin di masa akan datang akan kita
lihat lebih banyak jimnasium  dan spa di bina di rumah-rumah persendirian  seperti
pandangan Clement (1990) di dalam Pitts dan Stotlar (2002):

Examples of f uture  possibilities include in-home gyms  and spas,  a prolif eration  of personal  trainers,  a stronger emphasis  on preventive medicine,  preprogrammed computer sof tware to help people acquire physical skills, using robots as sports trainers,  major advancement in communication technology

Kesemua kemungkinan ini merupakan cabaran kepada Pengurus Sukan Alaf Baru. Ada di antara perkara yang disebut Clement (1990) telahpun berlaku dan ada yang masih tidak terjangkau dalam fikiran. Pengurus sukan haruslah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru dalam bidang mereka. Parks dan Quarterman (2003) merumuskan bahawa terdapat tiga cabaran utama yang harus diatasi oleh pengurus sukan. Cabaran  ini bersifat  umum memandangkan setiap tugas pengurusan sukan mempunyai cabaran yang bersifat lebih khusus dan berkaitan secara langsung dengan tugasan. Cabaran tersebut adalah dari segi teknologi, etika dan tanggungjawab sosial.

Teknologi

Perkembangan teknologi yang sangat cepat dan pelbagai  sejak kebelakangan ini memaksa pengurus sukan untuk bertindak tangkas dalam usaha memahami apa yang sedang berlaku. Ini penting kerana teknologi berperanan mempermudahkan kerja dan menjimatkan mass serta Wang ringgit. Cabarannya di sini adalah untuk menggunakan sepenuhnya kemajuan teknologi untuk mencapai kemajuan dalam sukan di samping mengekalkan  kesedaran tentang pentingnya  interaksi manusia di dalam kehidupan seharian. Apatah lagi, kerana aktiviti sukan itu sendiri terdiri dari gabungan pelbagai elemen-elemen kemanusiaan.

Et"

Teknologi  yang terlalu canggih akan menimbulkan kesukaran  juga. Terutamanya tentang kekeliruan untuk menggunakannya secara beretika dan dengan tidak menyalahi perundangan. Contohnya mungkin penghasilan makanan kesihatan berteknologi tinggi yang boleh membantu atlit menjadi sempuma, ataupun dadah yang tidak akan dikesan. Rintala (1995) dalam Parks dan Quarterman (2003) pemah bertanya, "Just because we can do something as a result of science and technology, should we?"

Cabarannya  kini adalah untuk memahami  bahawa nilai-nilai moral dan etika harus diambil kira bersama dengan keputusan mengenai penggunaan teknologi ini. Di samping teknologi juga terdapat  persoalan lain yang perlu dilihat  seperti  prinsip keadilan sejagat, kepentingan sukan dibanding pelajaran untuk seorang pelajar-atlit, rasuah dalam sukan dan sebagainya. Di mana kepentingan sukan berbanding keperluan masyarakat  yang lebih asas? Pengurus sukan juga hares dapat menjawab soalan ini: Adakah kemenangan itu segala-galanya?

Tanggungjawab Sosial

Pada mass akan datang, seorang pengurus akan menjadi lebih peka terhadap suasana sekelilingnya dan akan menjalankan tugas-tugas yang akan memperlihatkan kepekaan beliau. Contohnya, dan ini telahpun dilihat berlaku, penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di jimnasium atau spa untuk kemudahan ibu bapa yang datang menggunakan fasiliti tersebut. Pengurus sukan jugs hares sensitif dengan keseimbangan ekologi dan tuntutan  masyarakat umum ke atas mereka.  Contohnya seperti  stadium  bola tampar  mudah-alih Sydney  2000 yang akan dibuka  kembali selepas pertandingan kerana keengganan masyarakat setempat  membiarkan pantai Bondi dicemarkan dengan pembinaan sebuah stadium.

Penutup

Pengurusan sukan tempatan harus peka terhadap perubahan aliran pengurusan industri sukan semasa kerana sejarah telah sering kali membuktikan bahawa perubahan aliran sukan amat mudah diterima oleh pengguna  sukan tempatan.  Cabarannya  kini ialah, walaupun  industri sukan negara merupakan  suatu sektor ekonomi yang besar tetapi kita masih memerlukan  lebih ramai para ahli akademik  dan juga profesional  dalam pengkhususan pengurusan sukan. Bidang pendidikan jasmani yang  telah  lama bertapak hanya merupakan  sate komponen dalam sektor pendidikan sahaja. Justeru, industri sukan  negara  memerlukan perancangan yang tepat  lagi berkesan dalam memajukan  disiplin pengurusan  sukan selari dengan halatuju, misi dan visi negara. Industri sukan merupakan industri yang unik dan memerlukan pembuatan keputusan yang berbeza menurut persekitaran industri itu yang tersendiri. Ini hanya akan tercapai sekiranya pemimpin sukan  mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam  bidang tersebut. Secara perbandingannya,  adalah mustahil misalnya seseorang berkelulusan dan berkemahiran kejuruteraan awam  bertindak sebagai  pakar  bedah  di hospital ataupun sekiranya Dekan/Pengarah sebuah fakulti pengajian sukan gagal mendefinisikan istilah sukan!
Negara sedang menuju ke arah profesionalisme di dalam pengurusan sukan.
Jelas  di sini bahawa pengurusan sukan  profesional memerlukan kemahiran dan pengetahuan  dalam bentuk kelayakan ikhtisas, di samping pengalaman  sukan secara khusus. Langkah kerajaan menggalakkan persediaan akademik berkaitan sukan adalah suatu usaha penting demi pembangunan industri sukan negera. Pada masa yang sama industri sukan yang tetap berkembang  maju terus memerlukan  pengurus sukan yang sedia  ada untuk  menilai semula dan memperbaharui aktiviti dan program serta membuka minda  untuk  menerima perubahan dan anjakan paradigma yang lebih drastik dari dahulu demi memastikan pengurusan sukan moden di Malaysia lebih telus dan seimbang. Para pemimpin sukan dan para cendekiawan sukan negara hendaklah berusaha memahami dan menghayati keperluan industri ini. Sebagai asasnya, mereka mestilah berkemahiran (terutama dari segi akademik) dalain memuaskan kehendak industri sukan negara mengatasi kepentingan peribadi. Adalah sangat malang sekiranya dasar-dasar sukan  berubah-ubah dengan mudah  mengikut perubahan kepimpinan tanpa justifikasi keperluannya.

Wednesday, January 9, 2013


Adakah Dato Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh sukan Olimpik pada tahun 2016?
           
Saya tidak setuju bahawa Datuk Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh Olimpik pada tahun 2016. Pertamanya, usia Datuk Lee Chong Wei telah meningkat. Beliau akan berusia 33 tahun apabila Olimpik 2016 berlangsung. Tahap fizikal dan kesihatannya akan menurun dan ini akan menjejaskan prestasinya. Ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang serius. Seterusnya, Datuk Lee Chong Wei juga boleh menjadi jurulatih bagi calon-calon pemain badminton untuk menyertai Olimpik 2016. Ini dapat memupuk lebih banyak pemain badminton yang berjaya seperti beliau bagi negara kita. Kita juga tidak perlu membimbangkan bahawa tidak mempunyai pemain badminton yang mampu mendapat keputusan yang cemerlang pada masa yang akan datang. Selain itu, peluang juga haruslah diberi kepada pemain-pemain yang lain untuk mencabar dalam permainan badminton Olimpik. Kini, terdapat juga pemain yang berbakat dalam permainan badminton. Sebagai contoh, Zulfadli Zulkifli, juara perseorangan badminton remaja dunia. Akhirnya, beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada November 2012. Oleh itu, beliau harus memberikan lebih banyak masa bagi keluarganya.